Sunday, October 18, 2009

Tengok Ni

Salam Alaik...
One Malaysia (macam Time nak mengucap lak jari di angkat kan)


PARA tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka MIC sempena sambutan Hari Deepavali, melaungkan slogan "1Malaysia" sebagai tanda perpaduan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Ni lah panahan ungkapan atau moto yang di bawa oleh Najib PM kita. Semua jari tak kira bangsa agama di angkat macam time mengucap. Cuma yang membezakan jari di angkat tuju ke langit tanda bangga jadi rakyat mesia. Heh...Yang melayu a.k.a islam leh ke g meraikan majlis deepavali. Setahu saya mana boleh kan. Nanti saya cuba cari email yang kawan saya bagi tentang hukum meraikan majlis agama lain. Ops...terlupa ni lah yang najib mahu agaknya, tak kira hukum 1 malaysia tetap slogan setiap masa.

Apapun banyak2 kita pikirkan adakah pemikiran begini yang kita mahu atau pemikiran yang bagaimana???Sama2 lah kita kumpulkan jawapannya. Saya selitkan email yang saya dapat sekali kat blog nie ye tentang hukum meraikan majlis non-muslim.

Assalamualaikum. ..

Hukum Meraikan Perayaan Kufur

Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan orang-orang kafir, apa pun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Maksud ‘perayaan’ orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab. Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah SWT,

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri (la yash-haduna) tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang (al-zur), dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya” [TMQ al-Furqan (25):72].

Menurut sebahagian besar Mufassirin, kata al-zur (kepalsuan) dalam ayat ini adalah bermakna syirik [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Beberapa Mufassirin seperti Abu ‘Aliyah, Thawus, Muhammad bin Sirrin, al-Dhahhak dan al-Rabi’ bin Anas menjelaskan makna al-zur di sini adalah hari raya kaum Musyrikin. Lebih luas, Amru bin Qays mentafsirkannya sebagai majlis-majlis yang buruk dan kotor [Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]. Sedangkan kata la yash-haduna, menurut jumhur ulama bermakna la yahdhuruna al-zur, maksudnya ‘tidak menghadirinya’ [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Memang ada yang memahami ayat ini berhubung dengan pemberian kesaksian palsu (syahadah al-zur) yang di dalam Hadis Sahih dikategorikan sebagai dosa besar. Akan tetapi, dari konteks kalimatnya, makna yang lebih tepat adalah la yahdhurunahu (tidak menghadirinya) . Ini kerana, dalam sambungan ayat seterusnya disebutkan,

“...dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya”.

Dengan demikian, keseluruhan ayat ini memberikan pengertian bahawa ‘mereka tidak menghadiri al-zur.’ Dan jika mereka melewatinya, maka mereka segera melepasinya, dan tidak mahu terpalit kekotorannya sedikit pun [Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]. Dari ayat ini, ramai fuqaha’ yang menyatakan haramnya menghadiri perayaan/hari raya kaum kafir. Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal menyatakan, “Kaum Muslimin dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik.”. Al-Qadhi Abu Ya’la al-Fara’ berkata, “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik”. [Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim, hal. 201].

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengatakan, “Sebagaimana mereka (kaum Musyrikin) tidak diperbolehkan menampakkan syiar-syiar mereka, maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum Muslimin menyetujui dan membantu mereka menzahirkan syiar itu serta hadir bersama mereka. Demikian menurut kesepakatan ahli ilmu.” Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan, “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengingkari mereka, maka ahli ma’ruf itu adalah sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jamaah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murkaNya”. [Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235].

Abdul Malik bin Habib, salah seorang ulama Malikiyyah menyatakan, “Mereka tidak (boleh) dibantu sedikit pun pada hari perayaan mereka. Sebab, tindakan tersebut merupakan penghormatan terhadap kemusyrikan mereka dan membantu kekufuran mereka. Dan seharusnya para penguasa melarang kaum Muslimin melakukan perbuatan tersebut. Ini adalah pendapat Imam Malik dan lainnya. Dan aku tidak mengetahui perselisihan tentang hal itu” [Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, juz 6 hal 110].

Pada masa-masa pemerintahan Islam, sejak zaman Rasulullah SAW, kaum Muslimin diharamkan merayakan perayaan Ahlul Kitab dan kaum musyrik. Dari Anas ra bahawa ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, penduduk di sana menyambut perayaan (Mahrajan dan Nairuz) sepertimana kebiasaan kaum Rom dan Parsi. Nabi SAW bertanya:

"Apakah dua hari ini?’ Mereka menjawab: ‘Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini.’ Sabda Nabi, ‘Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitu hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." [ HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Al-Baghawi].

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khaththab, beliau juga telah melarang kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad sahih dari Atha’ bin Dinar, bahawa Umar ra pernah berkata,

“Janganlah kalian memasuki kaum Musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah SWT akan turun kepada mereka pada hari itu.”

Umar bin al-Khaththtab ra juga mengatakan,

“Jauhilah musuh-musuh Allah pada di hari raya mereka.”

Demikianlah, Islam telah melarang umatnya melibatkan diri di dalam perayaan orang-orang kafir, apa sekalipun bentuknya. Ditegaskan sekali di sini bahawa melibatkan diri bermaksud melakukan apa jua aktiviti seperti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Dan ‘perayaan’ orang kafir di sini bermaksud seluruh hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab.

Sikap yang sewajibnya dilakukan oleh kaum Muslimin adalah menjelaskan kesesatan mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar (yakni) Islam, bukannya mengucapkan selamat terhadap mereka. Tindakan mengucap selamat atau terlibat di dalam meraikan perayaan kuffar ini bermaksud sikap redha dan cenderung terhadap kemungkaran besar yang mereka lakukan. Padahal Allah SWT mengingatkan,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [TMQ Hud (11):113].

~ "Sampaikan walau sepotong ayat."~
Wallahualam. ..

Inilah email yang saya dapat dari seorang kawan dan beberapa lagi teman Maya. Salah tolong betulkan. Wassalam

No comments:

Post a Comment