Salam Alaik.
Tajuk untuk penulisan saya mungkin lebih menjurus kepada subjek-subjek yang bakal saya perjuangkan di dewan utama nanti. Pada 2/11 tepat jam 2 petang, insya Allah saya akan duduki exam multimedia yakni subjek minor saya. Pada 5/11 pula waktu yang sama saya akan duduki exam untuk subjek Islamic Fund Management. Ini antara subjek mejor saya di dalam Islamic Finance. Selang 4 hari selepas itu yakni minggu kedua imtihan, bermula 9,10,11, dan 12 november saya akan hadapi exam berderet dan kala itu otak saya juga akan berderet memaksimumkan tahap kefahaman untuk subjek Risk management, SAAD, Model E-Dagang dan Takaful Muamalat. Setelah itu, minggu terakhir exam saya akan bermula dengan subjek terakhir yakni pada 17 november untuk subjek Financial Analisis statement. Kesemua subjek yang wujud dalam sem ni untuk jiwa saya sebanyak 7 subjek dengan jumlah jam kredit 18 jam... Sikitkan walau subjek banyak. Haha...sikit-sikit pun, bila menyebut setiap subjek nie, nak jem gak otak dibuatnye.
Antara subjek yang amat saya minati dan amati adalah sebanyak 6/7 subjek. Kenapa tahu tak, sebab 6 subjek ni lecturer selalu masuk kelas dan mampu membina kefahaman saya saat di dalam atau di luar kelas. Subjek yang agak memeningkan pula adalah subjek model e-dagang. Mungkin sebab lecturer kurang masuk kelas dan sebab saya pulak malas. Hehehe... Apapun, dengan model ni, banyak memberi ruang masa untuk saya menyiapkan tugasan dan mencari alternatif lain untuk pelajarinya.
Dalam subjek multimedia ia banyak memberi kefahaman kepada saya melalui projek-projek praktikal yang saya pelajari. Ia tidak menjurus kepada teori semata-mata. Di sini saya mengenali konsep bunyi, grafik, 3D, warna, dan sebagainya. Insya Allah untuk subjek ni saya ada target terbaik. Tolong doakan saya ya... Bab 1-11.
Sekarang masuk pula kepada subjek Pengurusan Dana Islam. Pengurusan dana islam ni lebih menjurus kepada konsep management oleh seseorang dalam pengurusan kewangannye. Beerti di mana dan bagaimana ia harus laburkan atau gunakan wangnye. Ia tidak menjurus kepada individu semata-mata tapi juga kepada syarikat-syarikat. Sebagai contoh pelaburan yang dibuat oleh syarikat kemana arahnya, adakah ke dalam sistem pelabuaran konvensional atau islamic insurans. Adakah sistem pelaburan tersebut mengandungi riba atau tidak. Ia lebih kurang kepda subjek Takaful Muamalat. Yang mana kenapa orng Islam khususnya harus memanfaatkan sistem takaful dan bukan Insurans konventional. Dalam pemerhatian sehingga kini, ramai hamba Allah memilih insurans konvensional berbanding Takaful, hal ini mungkin disebabkan masalah miss comunication atau buat-buat tak tahu tentang kewujudan takaful. Jadi di dalam 2 subjek ini, lebih menjurus kenapa perlunya Takaful dalam urusan jamin-menjamin dan bukannya konvensional yang menjamin...
Seterusnya, ialah subjek analisis laporan kewangan. Hehe...ni antara subjek yang saya skor tinggi. Mungkin sebab saya mengambil masa yang lama sebelum memahaminya dan mungkin jua sebab saya lebih fokuskan hidup untuk menganalisis sesuatu dalam kehidupan saya. Apapun semua 6 subjek tersebut amat saya memberi fokus yang lebih kerana dah mendapat tips dari semua 6 lecturer. Huhu sekarang ni tinggal model je untuk mendapatkan tips, masuk ni dah dekat 4 minggu tak de kelas, Setakat ni pulak kelas yang dah berjalan baru 3 kelas rasanya. Banyakkan saya tak de kelas. Alamatlah kene lbh cari alternatif kalo nak target A.
Sekian kalam dari tinta penulisan saya untuk saat ini. Saya mengharap kawan-kawan doakan saya untuk imtihan kali ini. Tidak lupa juga doa dari ibu saya dan ahli keluarga saya yang tersayang amat saya harapkan. Mereka kini menjadi penyuntik semangat utama saya. Kerana merekalah insan yang tidak jemu melayan kerenah anaknya yang sedikit nakal ini. Salam Imtihan buat semua mahasiswa/wi UMS-KAL dan seluruh IPTA di pelusuk semenanjung dan borneo khasnya.
Maaf salah silap dalam perkenalan dan salah paham mungkin...Doakan saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment