Thursday, November 5, 2009

Sedikit Ruang

Salam Alaik...

Alhamdulillah...tadi paper kedua untuk imtihan kali ni dah di jawab. Syukur dipermudahkan dan ditenangkan jiwa ini oleh Allah Yang Esa. Segala air mata semalam membuat saya tersenyum hari ini. Allah adalah teman setia buat umat manusia. Tiada teman lain selayaknya untuk berkongsi apa-apa keculi Allah Yang Esa, Tuhan kita.

Apapun, alhamdulillah...syukur ku panjatkan pada Yang Esa kerana dipermudahkan segala urusan ku di dunia untuk ku bekalkan ke akhirat kelak. Moga diri dan jiwa ini sentiasa terdidik untuk merindui-Nya. Kadang-kadang dalam kita asik belajar, menuntut ilmu sehingga leka dengan tanggungjawab muslim sebenar. Yang wajib dilewat-lewatkan dan yang sunat dilupa-lupakan.

Ya Allah...
Moga jiwa ini sentiasa jauh dari perkara-perkara nakal
Moga jiwa ini sentiasa jauh dari perkara-perkara maksiat
Moga jiwa ini jauh dari fitnah dunia

Ya Allah...
Moga hati ini sentiasa terdidik untuk merindui Mu
Moga hati ini sentiasa terdidik mengingati Mu
Moga hati ini bersih dari titik-titik noda dunia

Ya Allah...
Mata ini selalu melihat kemungkaran dunia
Mata ini tidak kuat untuk menangkis kemungkaran
Mata ini tidak mampu untuk menegur kesilapan sebesar zahrah

Ya Allah...
Hamba Mu ini mengharap kekuatan semangat dari Mu Ya Allah
Hamba Mu ini mengharap keredhaan Mu Ya Allah
Hamba Mu ini amat berharap agar diri sentiasa dalam lembayung rahmat Mu Ya Allah...

Ya Allah...
Jauhi aku dari sifat mungkar
Dekatkan Aku pada Lembayung Rahmat Mu
Jauhi aku dari sifat riak
Dekatkan aku kepada ketundukan yang sebenar-benarnya kepada Mu
Ya Allah...
Andai diri ini telah kotor di mamah fitnah dunia Ya Allah,
Maka...Kau bersihkan ia dengan ujian Mu yang semampunya aku terima...
Ya Allah...
Aku yakin dengan setiap kejadian di atas muka bumi ini adalah sebaik-baik kejadian dari Mu...
Aku yakin Ya Allah...
Kau sebaik-baik pendengar keluhan dan rintihan hamba Mu...

Ampunkan aku Ya Allah...
Kuatkan aku Ya Allah...
Tenangkan aku Ya Allah...
Ya Allah...moga aku dapat menjalani imtihan ini dgn tenang dan sabar...

Amin...