Salam Alaik
Saya sayang ummi, ummi ku sayang ummi, sayang sayang ummi, ummi ku sayang...
memancar sang suria....
Inilah antara bait2 puisi lagu judul ummiku sayang. Selalu diucapkan oleh anak2 yang merindui dan mengasihi ibu mereka. Dunia ini banyak mendidik. Dunia sebagai pendidik, environment sebagai satu ujian. Saya mulakan satu kisah ye.
Mak...adik sayang sangat kat mak. Inilah bait-bait yang diucapkan oleh seorang anak lazimnya ketika kecil. Umbun-umbun mak nye dicium, pipi mak nye di cium berkali-kali tanda kasih sayangnye anak kepada si ibu.
Suatu hari, saat si anak berusia 18 tahun. Saat selepas 6 bulan di Universty. Saat itu tiada lagi bait-bait ucapan sayang, ucapan rindu dr anak tadi kepada si ibu. Saat itu, ibu sangat merindui ucapan-ucapan tersebut. Hello mak, adik nak duitlah, nak buat beli buku, beli barang-barang assigment dan projek. Kalo leh mak masukkan esok gak ye..sebab adik nak guna beli barang awal. Inilah bait-bait ucapan yang dilontarkan saat menelefon si ibu. Belum sempat ibunya menjawab, dah diletakkan ganggang. Si anak rupanya telefon sebagai PENGARAH.
Si ibu bangun pagi-pagi buatlah kuih, walau tahu kondisi diri tak berapa mampu. Tapi, demi si anak, ibu gagahkan juga diri mencari walau sedikit. Anak di University senang lenang bermegah dengan duit yang di hantar si ibu. Joli sana joli sini, macam anak dato'-dato'.
Saat cuti sem pun tiba. Tapi si anak tak terus pulang ke kg halamannya, dia mengambil ruang masa 2 minggu baru pulang menjengok ibu di kampung. Niatnya hanya ingin menjengok sahaja. Baru sehari melihat wajah ibu, dah rasa bosan dan nak lari rumah. Ibu suruh tolong kemas rumah di tengking-tengking nya si ibu. Ibu suruh tolong sidaikan kain, di hentak-hentakkan kakinya. Apabila ibu meminta tolong memasak di dapur, di maki-makinya ibu di dalam hati.
Inilah situasi-situasi terkini yang berlaku dalam diri anak-anak. Dan kita sebagai anak kadang-kadang tanpa sedar ada mengguris perasaan ibu. Kadang-kadang tanpa kita sedar ibu mungkin terasa pabila kita tidak menelefonnya seperti selalu. Kadang-kadang tanpa sedar, ibu menangis merindui kita. Inilah ibu dan kita para muslimah juga satu saatnya nanti pasti juga bergelar ibu.
Semua situasi di atas sebenarnya bukan silap didikan dari para ibu atau keluarga. Mungkin silapnya diri anak-anak itu sendri dan mungkin juga berpunca dari suasana sosial masa kini.
Sebagai anak, saya ingin berpesan kepada diri saya dan sahabat semua. Hargailah insan yang berada dekat dengan kita selagi mana hayat mereka masih ada. Takut nanti, bila dah tiada dan berlaku sesuatu di luar pengetahuan kita akan menyesal tak berkesudahan. Selalu-selalu lah lihat wajah ibu bapa kita, kerana ganjaran pahala akan diberi oleh Allah SWT.
Untuk ibuku tersayang, ayung memang sangat sayang mak...Insya Allah 18 hb november ayung pulang..Miss U mom
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment