Salam Alaik
Cuba kita renungkan tajuk di aras buku tersebut. Yang mana menyentuh mengenai perancangan demi perancangan mengikut flow yang di create sendiri untuk mencapai tahap kejayaan yang memuaskan. Flow yang terlibat dalam perancangan ini melibatkan flow kehidupan kita. Dari baby-sekolah rendah-sekolah menengah dan kini University. Inilah flow kehidupan seorang yang bergelar mahasiswa/wi. Selepas ini mungkin akan berkahwin pula. Itu semua perancangan kita sebagai manusia, jawapannya ada pada Allah S.W.T.
Di dalam sistem analisis dan design yang saya belajar juga mempunyai flow nya sendiri untuk membangunkan sesuatu sistem on9. Antara flow yang wajar diikutu ialah bermula dengan planning, analisis, and design. Inilah flow2 untuk membangunkan sesuatu sistem. Untuk memberi kejayaan kepada sistem pun perlukan perancangan yang teliti, apatah lagi untuk pembangunan kepada diri manusia.
Mungkin saya lebih suka mengaitkan kehidupan ni dengan matlamat. Jika di tanya apakah matlamat kamu. Saya dan rakan-rakan pasti menyebut nak mencari Redha Allah. Ya inilah jawapan yang dimonopoli oleh sebahagian besar kita. Dan inilah juga sebenarnya flow terakhir kehidupan kita. Namun, sebelum menemuinye, kita sebagai pemain di dunia ini harus memainkan peranan untuk mencapainye. Ucapan mudah yang boleh kita lakukan, amar ma'ruf nahi mungkar. Bagaimana caranya, saya pulangkan pada setiap individu itu. Method kita pelbagai namun matlamat akhir tetap 1.
Ok lah, mungkin saya juga lebih suka menyertakan kehidupan ni dengan kehidupan berbentuk pengisian untuk mencapai kejayaan dunia dan d bawa ke akhirat. Sebagai mahasiswa yang kreatif, sebenarnya saat beginilah wujudnya satu imaginasi perancangan untuk masa hadapan. Mungkin ada antara kita lepas tamat ni nak kahwin dan jadi suri rumah tangga dan jika di tanya pada saya. Jawapan yang saya akan beri berbentuk jangka panjang dan pendek. Dalam tempoh 4 tahun yakni ketika mana usia saya 26 tahun saya nak bawa ibu saya ke Makkah. Ini impian jangka pendek saya. Dan di dalam hayat yang sama juga dan untuk keberlangsuangan perjalanan hidup saya, saya mahu membangunkan entiti Islamic Product untuk Malaysia dan dunia khasnya. Ini matlamat jangka panjang saya. Inilah method saya untuk menonjolkan kekuatan Islam dari pelbagai sudut. Dari sudut ketenteraan, ekonomi dan keintelektualannya. Bukan hanya hebat di satu sudut. Resam dan perancangan manusia ni sangat pelbagai. Jadi selagi mana ia tidak bercanggah dengan yang Islam anjurkan, adalah tidak elok dijatuhkan hukum. Kata orang biar kita bercanggah pandangan melalui pelbagai aspek namun jangan melalui akidahnya.
Apapun, semuanya hanya perancangan kita sebagai manusia kerdil. Allah tahu akan yang terbaik untuk hambaNya. Yakin dan percayalah dengan setiap kejadian di muka bumi ini tentu ada hikmahnya.
Ok lah sahabat2, jam dah menunjukkan 12.34 tengahari. Kat borneo ni baru sahaja azan zuhur tadi. Nak jumpa Allah dahulu. Salam imtihan dan salam perjuangan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment