Salam Alaik
gambar di bawah menunjukkan kasihnya seorang ayah kepada seorang anak. Nampak seronok jika saat itu dirasa semua insan. Namun, hidup bukan sesempurna yang diimpikan. Jalan kehidupan seseorang cukup berbeza. Ingin saya bawakan satu kisah seorang ayah dan anak. Sama2 kita baca k. Kisah seorang insan yang amat saya kenali.
Jika dilihat dari potret di atas, pasti kita tergambar kasih sayang seorang ayah pada anaknya. Seperti yang saya katakan di awal tadi, suasana dan gambaran ini, tidak semua mampu merasakan. Kerana kisah hidup kita amat berbeza. Ada yang hidup dengan ayah dan ibu, ada yang hidup hanya bersama ibu dan mungkin ada yang hidup hanya mengenal ayah. Inilah laluan-laluan yang berada di sekitar kita. Saya juga mempunyai jalan cerita yang tersendiri mengenai kehidupan.
Saat usianya kecil, dia hanya mengenal ibu, nenek dan datuknya. Ibunya ketika itu bekerja kilang. Saat usia anaknya mencecah 6 tahun, ibunya menjadi cleaner di pejabat demi membesarkan 2 orang anaknya. Saat usia anaknya 10 tahun, ibu masih bekerja sebagai cleaner dan mengambil upah mengutip buah biji kelapa sawit di tempat kerjanya. Saat usia si anak 16 tahun, ibunya berhenti kerja dan berniaga kuih muih serta upahan baju. Perubahan demi perubahan berlaku dalam diri ibu bagi memenuhi keperluan si anak. C ayah hanya mengirim duit dari jauh. Setiap bulan hanya wang yang dipos yang sampai di tangan si ibu.
Kini kita memetik pula kisah seorang ayah. Hidup macam-macam situasi yang bakal kita temui. Saat kelahiran seorang anak, ayahnya tidak mengiqamatkan dia, namun di iqamatkan oleh pakciknya. Saat usianya 7 tahun, dia bertanya pada ibunya, mana abah mak?Saat usianya 12 tahun, soalan yang sama masih diajukan. Saat itu juga anak itu pernah menagis diejek rakan sekolah kerana ayah tidak pernah hadir pogram sekolah. Saat usianya 14 tahun, si anak tidak lagi bertanya tetang soalan itu. Saat usia si anak 15 tahun, ada insan bergelar ayah datang ingin menjenguk dan mengambilnya untuk bermalam bersama keluarga sebelah pihak. Saat itu juga, anak menolak sebab tidak kenal siapa si lelaki. Saat si anak berusia 16 tahun, si anak menerima tawaran ke sekolah asrama, namun demi si ibu, si anak tidak mahu pergi. Saat usia si anak 17 tahun, tekad kejayaan untuk membela si ibu telah di pasang. Saat di tingkatan 6, si anak menjadi insan cemerlang di sekolah. Si ayah menelefon mengucapakn tahniah. Si anak tidak merasa apa2 dengan ucapan itu. Perjalanan si ayah masih seperti kecil si anak, wang pos diterima setiap bulan.
Saat usia si anak 19 tahun, si anak menerima tawaran ke university. Saat itu ibu memujuk si anak agar berjumpa ayahnya terlebih dahulu sebelum penerbangan ke seberang laut. Pergi si anak berjumpa ayahnya, demi menjaga dan memnuhi permintaan si ibu. Saat itu si ayah, menghulurkan duit saku untuk si anak sebanyak RM500. Si anak dengan muka slumber mengambil wang tersebut dengan tujuan tidak mengecikkan hati si ayah. Saat si anak sem 3 di University, satu pagi, si anak menerima panggilan dari si ibu, mengatakan ayah dah pergi. Saat itu si anak merasa sedih, kerana kasih ayah tidak di rasakan sepenuhnya. Baru di tahap kenal-kenalan. Saat itu air mata si anak jatuh ke bumi, saat itu adalah hari kecewa si anak. Kerana si anak memikirkan fasa demi fasa untuk menerima kasih sayang dan kucupan seorang ayah. Namun kucupan itu tidak sampai. Si anak pasrah dengan pemergian tersebut. Saat itu juga tiada lagi kiriman wang pos dari si ayah untuk si ibu. Inilah antara realiti hidup masa kini.
Apapun, jalan cerita seseorang cukup berbeza. Ini adalah jalan hidup seorang insan yang amat saya kenali dan amat saya amati. Si anak tidak menyalahkan si ayah, namun si anak amat bangga dengan ketabahan si ibu. Si anak bangga kerana ibu mampu membesarkan 2 anaknya menjadi insan berguna dan membesarkan 2 anak saudaranya menjadi insan bermanfaat. Apapun jalan ceritanya, hargai insan2 yang berada berhampiran kita. Moga kita mampu kecapi kebahagiaan yang abadi dalam dunia dan akhirat.
Doa untuk ibu dan ayah: Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….
Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.
Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.
Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….
Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.
Amin Ya Rabbul Alamin..
puisi di ambil dari islamdigest.blogspot.com
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment