Thursday, November 5, 2009

Sedikit Ruang

Salam Alaik...

Alhamdulillah...tadi paper kedua untuk imtihan kali ni dah di jawab. Syukur dipermudahkan dan ditenangkan jiwa ini oleh Allah Yang Esa. Segala air mata semalam membuat saya tersenyum hari ini. Allah adalah teman setia buat umat manusia. Tiada teman lain selayaknya untuk berkongsi apa-apa keculi Allah Yang Esa, Tuhan kita.

Apapun, alhamdulillah...syukur ku panjatkan pada Yang Esa kerana dipermudahkan segala urusan ku di dunia untuk ku bekalkan ke akhirat kelak. Moga diri dan jiwa ini sentiasa terdidik untuk merindui-Nya. Kadang-kadang dalam kita asik belajar, menuntut ilmu sehingga leka dengan tanggungjawab muslim sebenar. Yang wajib dilewat-lewatkan dan yang sunat dilupa-lupakan.

Ya Allah...
Moga jiwa ini sentiasa jauh dari perkara-perkara nakal
Moga jiwa ini sentiasa jauh dari perkara-perkara maksiat
Moga jiwa ini jauh dari fitnah dunia

Ya Allah...
Moga hati ini sentiasa terdidik untuk merindui Mu
Moga hati ini sentiasa terdidik mengingati Mu
Moga hati ini bersih dari titik-titik noda dunia

Ya Allah...
Mata ini selalu melihat kemungkaran dunia
Mata ini tidak kuat untuk menangkis kemungkaran
Mata ini tidak mampu untuk menegur kesilapan sebesar zahrah

Ya Allah...
Hamba Mu ini mengharap kekuatan semangat dari Mu Ya Allah
Hamba Mu ini mengharap keredhaan Mu Ya Allah
Hamba Mu ini amat berharap agar diri sentiasa dalam lembayung rahmat Mu Ya Allah...

Ya Allah...
Jauhi aku dari sifat mungkar
Dekatkan Aku pada Lembayung Rahmat Mu
Jauhi aku dari sifat riak
Dekatkan aku kepada ketundukan yang sebenar-benarnya kepada Mu
Ya Allah...
Andai diri ini telah kotor di mamah fitnah dunia Ya Allah,
Maka...Kau bersihkan ia dengan ujian Mu yang semampunya aku terima...
Ya Allah...
Aku yakin dengan setiap kejadian di atas muka bumi ini adalah sebaik-baik kejadian dari Mu...
Aku yakin Ya Allah...
Kau sebaik-baik pendengar keluhan dan rintihan hamba Mu...

Ampunkan aku Ya Allah...
Kuatkan aku Ya Allah...
Tenangkan aku Ya Allah...
Ya Allah...moga aku dapat menjalani imtihan ini dgn tenang dan sabar...

Amin...

Friday, October 30, 2009

Pernahkan Anda merasa Ini???

Salam Alaik...

1. Perasaan bersemangat?
2. Perasaan sedih?
3. Perasaan amat gembira?
4. Perasaan Rindu?
5. Perasaan Perasan?
6. Tak de perasaan?

Penjelasan:
a) Bersemangat mungkin wujud dalam diri kebanyakan orang saat hari pertama until habis minggu pertama? Saat2 exam ni, semangat saat awal je untuk ulangkaji misalnya. Jadual yang dibuat banyak dilajakkan dengan rutin lain. Apapun tetap ada nilai semangat.

b) Perasaan sedih pulak?Saat2 exam ni kalo la perasaan ni yang ganggu diri comfirm tak lea study. Mana taknya emosi terganggu kata kawan saya. Mungkin sedih sebab family ke brunei saat2 diri sedang exam or mungkin gak sedih sebab membaca tak masuk2. Kalo yang membaca tak masuk2 tu, comfirm kene cheak list urusan dengan Allah..Pastu sedih sebab bila buka je buku mata mula mengantuk...Memang sedih kalo perkara ni terjadi, ilang fokus kata kawan saya.

c) 3G dengan ibu atau ahli saat2 nak exam ni, memang satu rutin yang amat membahagiakan. Mana tak nya, dapat tengok pict ibu lagi walau jauh kat seberang. Memang hebat la teknology sekarang ni. Canggih kata orang kg saya. Yang mengembirakan bukan hanya sebab 3g, tapi sebab kata2 semangat diterima dari keluarga dan doa dari keluarga tu sebenarnya yang amat membuat para anak2 gumbira semacam je.

d) Rindu serindu rindunya...namun ku tak mengerti.....Perasaan perasaan, macam2 bentuk ada. Ucapan miss u, ucapan rindu awak...sebab lama tak jumpa tu selalu kaco biasanya kalo dah lama tak jumpa lastly terjumpa lak time2 nak hbs belajar ni. Nah...ganggu sungguh. Ada lak, rindu ngan ibu bapa yang g Haji sempena musim haji ni, fuh memang ujian kata kawan saya. Sampai tak leh fokus study la kata orang.

e) Awak ni macam suka saya je?Awak panggil saya ke?Apa pandang2. Haha...ni antara persoalan yang sering kita ucapkan d bibir n dalam hati. Mustahil la kalo tak pernah rasa. Walhal perasaan kita je rasa dia suka, rasa dia pandang, rasa dia panggil.Padahal kita je rasa semua tu, empunya orang lagi 1 tu dok tak rasa ape2 pun, as friend je.

f) Time tak de perasaan ni, biasanya time tido. Kusyuk tido la kononnye, tu sampai tak de perasaan. Kecuali terganggu dengan mimpi hantu, muncullah perasaan takut n kalo mimpi kahwin lak, pasti akan rasa aura gumbira.

Semua yang dinyatakan di atas ni hanyalah perkongsian perasaan2 kita yang mungkin kita pernah merasanya atau tidak, tanyalah diri. Cuma mungkin agak mustahil bagi yang tak de perasaan itu semua.

Apapun kata kunci untuk hari n awal pagi yang ceria ini ialah, JAGALAH HATI USAH DIKOTORI, JAGALAH HATI CAHAYA ILAHI....Jaga hati itu utama. Jangan di cemari. Jika pernah dicemari n bakal2 bau dicemari, maka cepat2 sedar. Yakin dalam setiap usaha dan doa pada Allah itu kunci untuk bersihkan hati, pikiran dan segalanya.

Sorie kalau nampak tulisan merapu pagi ni, rasa nak menulis sementara menunggu subuh masuk...Ok lah, salam muhasabah cinta.

Thursday, October 29, 2009

Wednesday, October 28, 2009

Muhasabah cinta (Doa ku)

Salam alaik





Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari Mu
Kupasrahkan semua pada Mu

Tuhan baru kusadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabat cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan Mu

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabat cintaku

Kata kata cinta terucap indah
Mengalir berdzikir di kidung do’a ku
Sakit yang kurasa biar
Jadi penawar dosaku

Butir butir cinta air mataku
Terlihat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi
Muhasabat cintaku...

Friday, October 23, 2009

Salam IMTIHAN untuk semua mahasiswa/wi IPTA seluruhnya

Salam Alaik




Salam Imtihan dan salam maju jaya saya ucapkan kepada seluruh warga UMS dan IPTA umumnya. Sempena imtihan yang bakal berlangsung nie, saya ingin memohon sejuta atau setinggi kemaafan andai diri ini pernah melakukan kesilapan sama ada nampak mahupun tidak nampak, saya juga memohon di halalkan segala apa yang pernah diberi kepada si jahil ini dan segala ilmu yang pernah di didik ke atas diri si jahil ini.

Buat HE23 (Kewangan Islam) khususnya, saya amat berharap agar kita dapat melakukan yang terbaik untuk diri kita dan selayaknya untuk seluruh kepentingan umat umumnya dan kepentingan Islam khususnya. Jadikan medan imtihan ini salah satu peperangan untuk diri kita menentang musuh secara inelektual, jgn jadikan imtihan di dalam dewan sebagai point 100% untuk menikmati A sahaja. Apapun, buat seluruh HE23 third year student, bersama memacu kewangan Islam dengan sehabis baik. Insya ALLAH kita mampu untuk gerakan Islamic Finance satu saat nanti.

Ya Allah Redhai kehidupan kami.
Hanya pada Mu kami seluruh umat Mu memohon...

Salam imtihan sahabat-sahabat seangkatan.
Salam perjuangan sahabat-sahabat HE23.
Salam segala salam buat warga KAL.

Do d Best 4 Islam
Insya Allah.

Tuesday, October 20, 2009

Jalan kehidupan seorang musafir.

Salam Alaik
gambar di bawah menunjukkan kasihnya seorang ayah kepada seorang anak. Nampak seronok jika saat itu dirasa semua insan. Namun, hidup bukan sesempurna yang diimpikan. Jalan kehidupan seseorang cukup berbeza. Ingin saya bawakan satu kisah seorang ayah dan anak. Sama2 kita baca k. Kisah seorang insan yang amat saya kenali.



Jika dilihat dari potret di atas, pasti kita tergambar kasih sayang seorang ayah pada anaknya. Seperti yang saya katakan di awal tadi, suasana dan gambaran ini, tidak semua mampu merasakan. Kerana kisah hidup kita amat berbeza. Ada yang hidup dengan ayah dan ibu, ada yang hidup hanya bersama ibu dan mungkin ada yang hidup hanya mengenal ayah. Inilah laluan-laluan yang berada di sekitar kita. Saya juga mempunyai jalan cerita yang tersendiri mengenai kehidupan.

Saat usianya kecil, dia hanya mengenal ibu, nenek dan datuknya. Ibunya ketika itu bekerja kilang. Saat usia anaknya mencecah 6 tahun, ibunya menjadi cleaner di pejabat demi membesarkan 2 orang anaknya. Saat usia anaknya 10 tahun, ibu masih bekerja sebagai cleaner dan mengambil upah mengutip buah biji kelapa sawit di tempat kerjanya. Saat usia si anak 16 tahun, ibunya berhenti kerja dan berniaga kuih muih serta upahan baju. Perubahan demi perubahan berlaku dalam diri ibu bagi memenuhi keperluan si anak. C ayah hanya mengirim duit dari jauh. Setiap bulan hanya wang yang dipos yang sampai di tangan si ibu.

Kini kita memetik pula kisah seorang ayah. Hidup macam-macam situasi yang bakal kita temui. Saat kelahiran seorang anak, ayahnya tidak mengiqamatkan dia, namun di iqamatkan oleh pakciknya. Saat usianya 7 tahun, dia bertanya pada ibunya, mana abah mak?Saat usianya 12 tahun, soalan yang sama masih diajukan. Saat itu juga anak itu pernah menagis diejek rakan sekolah kerana ayah tidak pernah hadir pogram sekolah. Saat usianya 14 tahun, si anak tidak lagi bertanya tetang soalan itu. Saat usia si anak 15 tahun, ada insan bergelar ayah datang ingin menjenguk dan mengambilnya untuk bermalam bersama keluarga sebelah pihak. Saat itu juga, anak menolak sebab tidak kenal siapa si lelaki. Saat si anak berusia 16 tahun, si anak menerima tawaran ke sekolah asrama, namun demi si ibu, si anak tidak mahu pergi. Saat usia si anak 17 tahun, tekad kejayaan untuk membela si ibu telah di pasang. Saat di tingkatan 6, si anak menjadi insan cemerlang di sekolah. Si ayah menelefon mengucapakn tahniah. Si anak tidak merasa apa2 dengan ucapan itu. Perjalanan si ayah masih seperti kecil si anak, wang pos diterima setiap bulan.

Saat usia si anak 19 tahun, si anak menerima tawaran ke university. Saat itu ibu memujuk si anak agar berjumpa ayahnya terlebih dahulu sebelum penerbangan ke seberang laut. Pergi si anak berjumpa ayahnya, demi menjaga dan memnuhi permintaan si ibu. Saat itu si ayah, menghulurkan duit saku untuk si anak sebanyak RM500. Si anak dengan muka slumber mengambil wang tersebut dengan tujuan tidak mengecikkan hati si ayah. Saat si anak sem 3 di University, satu pagi, si anak menerima panggilan dari si ibu, mengatakan ayah dah pergi. Saat itu si anak merasa sedih, kerana kasih ayah tidak di rasakan sepenuhnya. Baru di tahap kenal-kenalan. Saat itu air mata si anak jatuh ke bumi, saat itu adalah hari kecewa si anak. Kerana si anak memikirkan fasa demi fasa untuk menerima kasih sayang dan kucupan seorang ayah. Namun kucupan itu tidak sampai. Si anak pasrah dengan pemergian tersebut. Saat itu juga tiada lagi kiriman wang pos dari si ayah untuk si ibu. Inilah antara realiti hidup masa kini.

Apapun, jalan cerita seseorang cukup berbeza. Ini adalah jalan hidup seorang insan yang amat saya kenali dan amat saya amati. Si anak tidak menyalahkan si ayah, namun si anak amat bangga dengan ketabahan si ibu. Si anak bangga kerana ibu mampu membesarkan 2 anaknya menjadi insan berguna dan membesarkan 2 anak saudaranya menjadi insan bermanfaat. Apapun jalan ceritanya, hargai insan2 yang berada berhampiran kita. Moga kita mampu kecapi kebahagiaan yang abadi dalam dunia dan akhirat.

Doa untuk ibu dan ayah: Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka…….

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan karena aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka karena perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka
dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa’at untukku. sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu,
ampunan-Mu serta rahmat-Mu……….

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung,
serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin..

puisi di ambil dari islamdigest.blogspot.com

Wassalam

Muhasabah cinta

Salam Alaik....






Lirik : Ingatlah Kematian
kump : Fatim

Ingatlah kematian itu
dari detik ke detik
dan dari saat ke saat

Justeru Allah tidak janjikan kematian kita
di waktu tua

Begitu juga Allah tidak janjikan kematian kita
disebabkan sakit
tidak pun sakit pun boleh mati juga

Oleh itu jangan senang hati
kematian pasti kan berlaku
tunggulah kematian dari nafas ke nafas
agar kita tidak angan-angan melalaikan

Ingatlah sentiasa Tuhan setiap waktu
kerana kematian kita tidak tahu

Ingatlah mati di dalam sebarang hal
agar kita sentiasa gentar dengan Tuhan

Oleh itu bersiap sedialah mengusahakan iman dan taqwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi

Hidup di dunia hanya sekali
bila pergi tak akan kembali
tersilap di dunia padahnya diterima di sana

Mengapa kita belum pun menambah amalan
sedangkan umur makin lama berkurangan
apabila sudah sampai ke sempadan kan menyesal

Oleh itu bersiap sedialah mengusahakan iman dan taqwa
sebagai bekalan menuju akhirat yang kekal abadi

Hidup di dunia hanya sekali
bila pergi tak akan kembali
tersilap di dunia padahnya diterima di sana.


p/s: Aisah r.a pernah bertanya, Ya Rasullullah, bolehkan sesiapa tergolong syahid tanpa mengorbankan diri di jalan

Monday, October 19, 2009

Jom Renungkan Bersama

Salam Alaik











Bersama kita kenali diri...Dalam kita bergembira, tanpa sedar masih ada yang memerlukan. Kita mampu ketawa, tapi mereka menangis. Kita mampu makan dengan kenyang, tapi mereka kerja kuat untuk mencari sebutir beras. Kita mampu dari segalanya, mereka penat berusaha di tengah matahari terik. Ia, memang kita tak lupa pada mereka, namun cuba kita bawa diri kita, adakah kita hanya memikir tanpa memberi. Ayuh teman2, bersama kita mencari dan mengator strategy untuk membantu mereka. Mungkin kita tak mampu memberi wang, namun tidak salah jika kita hulurkan sebotol air pada insan2 ini. Gambar2 ni, membawa diri saya mengenali diri, membawa saya bermuhasabah sejenak. Alangkah gembiranya saya sekarang dengan duduk di bilik ber aircond, tapi mereka beratapkan matahari. Alangkah kenyangnya saya makan, tapi mereka berlapar. Ya Allah, aku memohon Ya Allah, agar Kau sering mengingatkan aku tentang siapa diri ku. Jauhilah aku dari sifat yang Kau keji, dekatkan aku dengan lembayung rahmatMu. Hanya pada Mu aku serahkan jiwa ini. Hanya kepada Mu Tuhan...Ampunkan aku...

P/S: Moga kita mampu menjadi insan yang mampu menyumbang sesuatu buat mereka2 di atas. Moga kita dijauhi dari sifat lupa diri dan riak. Moga kita dijauhi dari sifat membangga diri. Ayuh kita bangkit.
Wassalam

I'M d Presenter?

Salam Alaik...



I'm d one presenter from 3 mejor presenter 4 SAAD projek?...Projek membangunkan sistem e-booking yakni on9 system untuk UMS. This my minor projek untuk subjek SAAD. Projek terbesar untuk sem ni maybe, because the members dalam projek ni ramai. Dalam team ni ada 16 orang ahli. 1 projek manager, 1 ketua untuk planning department, 1 ketua untuk analisis department and the most important is leader 4 design department. Most important because part design akan disoal habis2san oleh MR.SOFFRI. fuh mantap la en.sofri dan saya tersengguk mendengarnya. Sebab dalam guideline untuk presentation dia mahu 3 presenter sahaja. 3 tu dia siap bagi lagi siapa orang2 nya.

First projek manager(azri), 2nd leader 4 design part (ida) and lastly d group member boleh pilih. Jadi ahli group pilihlah Didi. Fuh... tersengguk saya saat dapat guideline yang diberi olehnya. Dalam banyak2 orang in my team, nama saya gak perlu terlibat. Ingat nak minta dayang yang jadi presenter, but macam tak dapat. Hah...tersengguk eden ni...Apepun hopely dapat buat yang terbaik. I don't know y, rasa fear semacam je untuk present. Fuh...saat berperang dengan perasaan pun hadir. hehe.

Apapun, c azri, dayang, didi, and all my team and also Maya friend tq give me a spirit word "Kita Buat sesuatu kerana Allah". So, biarlah kita dihentam oleh manusia or en.soffri nanti, yang penting kita dah berusaha untuk buat yang terbaik. I agree with u all. Semangat itu hadir saat menyebut perkataan Allah, semangat itu hadir kerana ada orang2 di sisi yang menasihati dan mengingatkan, dan semangat itu hadir kerana kita yakin mahu tonjolkan yang terbaik. Apapun geng...I hope we can do d best ok.

Go Go Charyok kata dayang.....Si nakal

Sunday, October 18, 2009

Tengok Ni

Salam Alaik...
One Malaysia (macam Time nak mengucap lak jari di angkat kan)


PARA tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka MIC sempena sambutan Hari Deepavali, melaungkan slogan "1Malaysia" sebagai tanda perpaduan rakyat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama di Dewan Merdeka PWTC, Kuala Lumpur, semalam.

Ni lah panahan ungkapan atau moto yang di bawa oleh Najib PM kita. Semua jari tak kira bangsa agama di angkat macam time mengucap. Cuma yang membezakan jari di angkat tuju ke langit tanda bangga jadi rakyat mesia. Heh...Yang melayu a.k.a islam leh ke g meraikan majlis deepavali. Setahu saya mana boleh kan. Nanti saya cuba cari email yang kawan saya bagi tentang hukum meraikan majlis agama lain. Ops...terlupa ni lah yang najib mahu agaknya, tak kira hukum 1 malaysia tetap slogan setiap masa.

Apapun banyak2 kita pikirkan adakah pemikiran begini yang kita mahu atau pemikiran yang bagaimana???Sama2 lah kita kumpulkan jawapannya. Saya selitkan email yang saya dapat sekali kat blog nie ye tentang hukum meraikan majlis non-muslim.

Assalamualaikum. ..

Hukum Meraikan Perayaan Kufur

Pada dasarnya, Islam telah melarang kaum Muslimin melibatkan diri di dalam perayaan orang-orang kafir, apa pun bentuknya. Melibatkan diri di sini mencakupi aktiviti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), hadir di jalan-jalan untuk menyaksikan atau melihat perayaan orang kafir, mengirim kad selamat, memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Maksud ‘perayaan’ orang kafir di sini mencakup seluruh perayaan hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab. Ketentuan ini didasarkan pada firman Allah SWT,

“Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri (la yash-haduna) tempat-tempat yang melakukan perkara-perkara yang dilarang (al-zur), dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya” [TMQ al-Furqan (25):72].

Menurut sebahagian besar Mufassirin, kata al-zur (kepalsuan) dalam ayat ini adalah bermakna syirik [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Beberapa Mufassirin seperti Abu ‘Aliyah, Thawus, Muhammad bin Sirrin, al-Dhahhak dan al-Rabi’ bin Anas menjelaskan makna al-zur di sini adalah hari raya kaum Musyrikin. Lebih luas, Amru bin Qays mentafsirkannya sebagai majlis-majlis yang buruk dan kotor [Ibnu Katsir, Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]. Sedangkan kata la yash-haduna, menurut jumhur ulama bermakna la yahdhuruna al-zur, maksudnya ‘tidak menghadirinya’ [Imam al-Syaukani, Fath al-Qadir, juz 4, hal. 89]. Memang ada yang memahami ayat ini berhubung dengan pemberian kesaksian palsu (syahadah al-zur) yang di dalam Hadis Sahih dikategorikan sebagai dosa besar. Akan tetapi, dari konteks kalimatnya, makna yang lebih tepat adalah la yahdhurunahu (tidak menghadirinya) . Ini kerana, dalam sambungan ayat seterusnya disebutkan,

“...dan apabila mereka melewati (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang tidak berfaedah, mereka lalui (sahaja) dengan menjaga kehormatan dirinya”.

Dengan demikian, keseluruhan ayat ini memberikan pengertian bahawa ‘mereka tidak menghadiri al-zur.’ Dan jika mereka melewatinya, maka mereka segera melepasinya, dan tidak mahu terpalit kekotorannya sedikit pun [Tafsir Ibnu Katsir, juz 3, hal. 1346]. Dari ayat ini, ramai fuqaha’ yang menyatakan haramnya menghadiri perayaan/hari raya kaum kafir. Imam Ahmad bin Hanbal berkata, “Kaum Muslimin telah diharamkan untuk merayakan hari raya orang-orang Yahudi dan Nasrani.” Imam al-Amidi dan Qadhi Abu Bakar al-Khalal menyatakan, “Kaum Muslimin dilarang keluar untuk menyaksikan hari raya orang-orang kafir dan musyrik.”. Al-Qadhi Abu Ya’la al-Fara’ berkata, “Kaum Muslimin telah dilarang untuk merayakan hari raya orang-orang kafir atau musyrik”. [Ibnu Tamiyyah, Iqtidha’ al-Sirath al-Mustaqim, hal. 201].

Ibnu Qayyim al-Jauziyyah mengatakan, “Sebagaimana mereka (kaum Musyrikin) tidak diperbolehkan menampakkan syiar-syiar mereka, maka tidak diperbolehkan pula bagi kaum Muslimin menyetujui dan membantu mereka menzahirkan syiar itu serta hadir bersama mereka. Demikian menurut kesepakatan ahli ilmu.” Abu al-Qasim al-Thabari mengatakan, “Tidak diperbolehkan bagi kaum Muslimin menghadiri hari raya mereka karena mereka berada dalam kemungkaran dan kedustaan (zawr). Apabila ahli ma’ruf bercampur dengan ahli mungkar, tanpa mengingkari mereka, maka ahli ma’ruf itu adalah sebagaimana halnya orang yang meredhai dan terpengaruh dengan kemungkaran itu. Maka kita takut akan turunnya murka Allah atas jamaah mereka, yang meliputi secara umum. Kita berlindung kepada Allah dari murkaNya”. [Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Ahkam Ahl al-Dzimmah, juz 1. hal. 235].

Abdul Malik bin Habib, salah seorang ulama Malikiyyah menyatakan, “Mereka tidak (boleh) dibantu sedikit pun pada hari perayaan mereka. Sebab, tindakan tersebut merupakan penghormatan terhadap kemusyrikan mereka dan membantu kekufuran mereka. Dan seharusnya para penguasa melarang kaum Muslimin melakukan perbuatan tersebut. Ini adalah pendapat Imam Malik dan lainnya. Dan aku tidak mengetahui perselisihan tentang hal itu” [Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, juz 6 hal 110].

Pada masa-masa pemerintahan Islam, sejak zaman Rasulullah SAW, kaum Muslimin diharamkan merayakan perayaan Ahlul Kitab dan kaum musyrik. Dari Anas ra bahawa ketika Rasulullah SAW datang ke Madinah, penduduk di sana menyambut perayaan (Mahrajan dan Nairuz) sepertimana kebiasaan kaum Rom dan Parsi. Nabi SAW bertanya:

"Apakah dua hari ini?’ Mereka menjawab: ‘Adalah kami di zaman Jahiliyah bermain (berseronok) dalam dua hari ini.’ Sabda Nabi, ‘Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut iaitu hari raya al-Adha dan Hari raya al-Fitr." [ HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasa'i dan Al-Baghawi].

Pada masa pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khaththab, beliau juga telah melarang kaum Muslimin merayakan hari raya orang-orang kafir. Imam Baihaqi telah menuturkan sebuah riwayat dengan sanad sahih dari Atha’ bin Dinar, bahawa Umar ra pernah berkata,

“Janganlah kalian memasuki kaum Musyrik di gereja-gereja pada hari raya mereka. Sesungguhnya murka Allah SWT akan turun kepada mereka pada hari itu.”

Umar bin al-Khaththtab ra juga mengatakan,

“Jauhilah musuh-musuh Allah pada di hari raya mereka.”

Demikianlah, Islam telah melarang umatnya melibatkan diri di dalam perayaan orang-orang kafir, apa sekalipun bentuknya. Ditegaskan sekali di sini bahawa melibatkan diri bermaksud melakukan apa jua aktiviti seperti mengucapkan selamat, hadir ke rumah mereka, hadir di majlis-majlis terbuka anjuran mereka, menganjurkan perayaan untuk mereka (ini lebih buruk), memberikan hadiah kepada mereka dan sebagainya. Dan ‘perayaan’ orang kafir di sini bermaksud seluruh hari raya, perayaan hari suci mereka dan semua hal yang berkaitan dengan hari yang disambut oleh orang-orang kafir yang ada hubung kait dengan akidah dan kepercayaan mereka, baik kafir musyrik mahupun kafir ahlul kitab.

Sikap yang sewajibnya dilakukan oleh kaum Muslimin adalah menjelaskan kesesatan mereka dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar (yakni) Islam, bukannya mengucapkan selamat terhadap mereka. Tindakan mengucap selamat atau terlibat di dalam meraikan perayaan kuffar ini bermaksud sikap redha dan cenderung terhadap kemungkaran besar yang mereka lakukan. Padahal Allah SWT mengingatkan,

“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan.” [TMQ Hud (11):113].

~ "Sampaikan walau sepotong ayat."~
Wallahualam. ..

Inilah email yang saya dapat dari seorang kawan dan beberapa lagi teman Maya. Salah tolong betulkan. Wassalam

Dengarkanlah Lagu Ini...

Salam Alaik




Baru lepas meng scanning Multimedia untuk bab 3...Tak habis lagi, kepala dah berpinar. Malam ni bab 3 akan di habiskan untuk multimedia. Ada lagi 2 point di bawah tajuk Multimedia Skills. Ia melibatkan kepada Team work. macam projek SAAD yang saya lakukan yang mana ada projek manager, multimedia designer, video programmer, writter and alse. Mungkin ada sedikit penambahan ahli dalam multimedia projek nie... Dalam keadaan ingin cari ketenangan ni, dengarlah lagu we will not go down, Gaza Tonite...

Moga Terhibur.

Ayuh...Fikirkan

Salam Alaik



Cuba kita renungkan

Cuba kita fikirkan tentang situasi ini


Hebatkan senjata ini...


Kuatnya diorang


Kita kat mana sekarang ni

Bertenaganya mereka, gahnya ke serata dunia


Kita msih boleh ketawa


Hanya ini yang kita ada

Teringat saya berborak-borak 2 hari yang lepas bersama sahabat-sahabat sekuliah di cafe. Agak serius tajuk yang kami bawakan malam itu. Suasana malam itu terasa sedikit dingin dengan angin kuat. Kami memulakan bicara mengenai isu yang e.zulkifle buka di dalam kelas kami pagi itu.

Isunya, sampai bila kita harus dipayugi Yahudi Laknatullah. Kak timah membuka bicara tentang website bom nuklear yang aku sent pada hampir seluruh HE23 punya student. Azri kata aku ekstrime sebab habis je kelas aku terus teroka website bom.

Aku bukan ekstrime pun, but aku rasa memang betul. Selama ni aku rasa hidup dipayungi Yahudi Laknatullah. Sedangkan bahan2 atau mudul ilmu ketenteraan satu saat dahulu Islam yang terkuat. Teringat aku kisah sirah zaman Rasulullah, yang mana strategi merupakan salah satu method utama kejayaan jihad zaman baginda.

Berbalik semula kepada isu itu, aku sebenarnya mempunyai impian untuk memulakan entiti perniagaan senjata perang. Pabila dilihat, kita sebenarnya Malaysia bukan tidak mampu memiliki alat ketenteraan terbaik, cuma pemimpin takut dengan puak Yahudi, puak Amerika dan puak Israel serta seangkatannya. Aku yakin jika kita ada kekuatan dari pembuatan senjata perang, maka Islam tidak hanya melukut di tepi gantang. Malaysia tidak hanya gah di atas nama "Islam" semata-mata. Mungkin boleh aku katakan, bahawa satu saat nanti mereka Yahudi akan duduk di bawah kita. Memang ujung atau satu saat nanti Islam akan menang dan berada di atas, namun inilah salah satu method untuk membantu kemenangan tersebut.

Malaysia mungkin gah dari sudut politiknya, yang mana berbalah antara satu sama lain. Teruskan jika itu yang terbaik untuk mencari kebenaran. Namun dalam masa yang sama, amatlah di harap agar kita tidak lupa membina strategi untuk mengalahkan mereka puak Yahudi. Aapun, lintasan ini ingin saya suarakan bahawa kadang-kadang, dalam kita fokus sesuatu hal negara sampai kita lupa akan saudara2 kita yang lain. Apapun moga kita beroleh rahmatNya. Insya Allah.

P/S= Jika ada yang dah ada impian nak buka kilang wat senjata, saya nak ikut jadi rakan kongsi... Jika di beri ruang. Tapi buka untuk keperluan ummah dan Islam khususnya. Wassalam

Saturday, October 17, 2009

Maafkan saya

Salam Alaik


Demi menggapai kejayaan dunia akhirat


Naik Juling mata nanti...saat macam ni penyakit demam mula bertaut di hati


Sampai tak tertido dan naik rabun semula la saya nanti...7 buah buku + nota+ rujukan tambahan


Jadi Ulat buku nak...method dptkan ilmu jugak...Jom jom jom

Kata maaf adalah kata pengubat jiwa yang mengucap dan memaafkan. Bagi saya lah. Exam dah semakin menanti saya dan sahabat2 IPTA yang lain rasanya. Jadi di laman blog saya ini ingin saya memohon maaf adai ada terlanjur kata selama perkenalan secara maya mahupun realiti.

Malah, saya juga mungkin akan mengambil masa untuk mengupdate blog ini. Namun, usah bimbang, ada ketikanya nanti blog ini akan terus saya spend kan masa untuk mengisinya. Andai jari tersalah menaip, andai minda tersalah menafsir dan andai diri tersilap menilai, kemaafan ingin saya mohon dari semua.

Doakan saya dapat membuat yang terbaik untuk exam kali ni ya...saya hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya. Hanya pada Dia diri ini disandarkan sepenuhnya.

Sekian wassalam...
Moga ketemu di lain masa dan ketika.

Risk management (1.05 a.m/18 oct 09)

Salam Alaik


Ok, ini buku yang akan saya terokai dalam jam 1.30 A.M waktu semenanjung dan 2.30 am waktu borneo ni. Ada dalam 25 minit lagi masa untuk saya menulis. Overal untuk tajuk yang akan saya baca dalam buku nie berkisar derivatives (terbitan). Ini soal risiko dalam pelaburan da dalam dunia perniagaan. First ingin saya kupas tentang attitudes dalam subjek risk ni ada 3 iaitu have derivatives, on d whole and been a tremendously positive force around d world kata :David Folkent Landau.

Dalam topik ni juga, ia akan menerangkan 2 jenis risiko yang terdapat dalam dunia yang serba canggih ni. Risiko pertama adalah risiko kewangan dan yang kedua adalah risiko perniagaan. Risiko boleh didefinisikan sebagai ketidakpastian pulangan untuk masa depan. Kalau di dalam kewangan islam ia dikatakan mengandungi unsur gharar atau ketidakpastian dan ia dihukumkan sebagai haram. Risiko perniagaan didefinisikan sebagai ketidakpastian pulangan atas jualan atau kos terhadap sesuatu urusan jualan ataupun pelaburan. Manakala risiko kewangan pula lebih kepada perubahan kadar atau nilai wang di masa hadapan atas sesuatu pelaburan yang berlaku yang mungkin disebabkan oleh masalah kejatuhan ekonomi dunia atau masalah kenaikan atau penurunan nilai mata wang di masa hadapan. Ia biasanye melibatkan perubahan kadar bunga dalam nilai barangan komoditi. Manakala derivatives pula boleh diaplikasikan sebagai suatu pulangan atas instrument kewangan dari sepenerbit kepada satu lagi alat kewangan.

Di bawah tajuk instrument dan terbitan pasaran, terdapat 4 tajuk kecil iaitu option, future contract, forward contract dan swap...Dalam topik ni jugak saya kene amik point penting tentang return n risk, short selling...dan beberapa tajuk penting lagi di bawah topik nie. OK lah dah 1.20 am waktu semenanjung. ada lagi 10 minit ni...Saya nak bersiap-siap untuk study.Nak study pun ada adab-adabnya.

Adab-adab yang saya aplikasikan dalam kehidupan ni mudah je:
1. dalam wudhuk
2. doa
3. Fokus
4. usaha sehingga paham
5. Mohon mak dan keluarga doakan
6. Tanya kawan kalo tak paham@lecturer
7. Moga diberkati Allah
8. Jangan lupa sertakan sekali dengan perkara2 sunat dan wajib paling utama

k lah. asalamualaikum

Kasihnya ibu

Salam Alaik



Saya sayang ummi, ummi ku sayang ummi, sayang sayang ummi, ummi ku sayang...
memancar sang suria....

Inilah antara bait2 puisi lagu judul ummiku sayang. Selalu diucapkan oleh anak2 yang merindui dan mengasihi ibu mereka. Dunia ini banyak mendidik. Dunia sebagai pendidik, environment sebagai satu ujian. Saya mulakan satu kisah ye.

Mak...adik sayang sangat kat mak. Inilah bait-bait yang diucapkan oleh seorang anak lazimnya ketika kecil. Umbun-umbun mak nye dicium, pipi mak nye di cium berkali-kali tanda kasih sayangnye anak kepada si ibu.

Suatu hari, saat si anak berusia 18 tahun. Saat selepas 6 bulan di Universty. Saat itu tiada lagi bait-bait ucapan sayang, ucapan rindu dr anak tadi kepada si ibu. Saat itu, ibu sangat merindui ucapan-ucapan tersebut. Hello mak, adik nak duitlah, nak buat beli buku, beli barang-barang assigment dan projek. Kalo leh mak masukkan esok gak ye..sebab adik nak guna beli barang awal. Inilah bait-bait ucapan yang dilontarkan saat menelefon si ibu. Belum sempat ibunya menjawab, dah diletakkan ganggang. Si anak rupanya telefon sebagai PENGARAH.

Si ibu bangun pagi-pagi buatlah kuih, walau tahu kondisi diri tak berapa mampu. Tapi, demi si anak, ibu gagahkan juga diri mencari walau sedikit. Anak di University senang lenang bermegah dengan duit yang di hantar si ibu. Joli sana joli sini, macam anak dato'-dato'.

Saat cuti sem pun tiba. Tapi si anak tak terus pulang ke kg halamannya, dia mengambil ruang masa 2 minggu baru pulang menjengok ibu di kampung. Niatnya hanya ingin menjengok sahaja. Baru sehari melihat wajah ibu, dah rasa bosan dan nak lari rumah. Ibu suruh tolong kemas rumah di tengking-tengking nya si ibu. Ibu suruh tolong sidaikan kain, di hentak-hentakkan kakinya. Apabila ibu meminta tolong memasak di dapur, di maki-makinya ibu di dalam hati.

Inilah situasi-situasi terkini yang berlaku dalam diri anak-anak. Dan kita sebagai anak kadang-kadang tanpa sedar ada mengguris perasaan ibu. Kadang-kadang tanpa kita sedar ibu mungkin terasa pabila kita tidak menelefonnya seperti selalu. Kadang-kadang tanpa sedar, ibu menangis merindui kita. Inilah ibu dan kita para muslimah juga satu saatnya nanti pasti juga bergelar ibu.

Semua situasi di atas sebenarnya bukan silap didikan dari para ibu atau keluarga. Mungkin silapnya diri anak-anak itu sendri dan mungkin juga berpunca dari suasana sosial masa kini.

Sebagai anak, saya ingin berpesan kepada diri saya dan sahabat semua. Hargailah insan yang berada dekat dengan kita selagi mana hayat mereka masih ada. Takut nanti, bila dah tiada dan berlaku sesuatu di luar pengetahuan kita akan menyesal tak berkesudahan. Selalu-selalu lah lihat wajah ibu bapa kita, kerana ganjaran pahala akan diberi oleh Allah SWT.

Untuk ibuku tersayang, ayung memang sangat sayang mak...Insya Allah 18 hb november ayung pulang..Miss U mom

Apa nie?

Salam Alaik


Bila kita nak buat senjata seperti ini yang banyak mengorbankan nyawa umat islam


Tak kesian ke tengok dorang?


Ni pemimpin leh tengok jam lagi, nak makan cepat ke nak suh AS bom bumi Islam lagi?


Apa yang boleh saya kaitkan dengan ketiga2 gambar tersebut adalah sampai bila kita harus menunggu. Bila individu Islam nak berusaha mencipta bom nuklear? Maklumat yang saya perolehi, bom nuklear penciptaannya ditemui oleh insan Islam dari Palestin. Modul2 penciptaannya telah dijual kepada 3 negara iaitu iran, korea dan rusia tak salah saya dengan harga yang begitu tinggi. Pada saat penjualannya, mungkin insan tersebut tak terfikir akan akibat atas penjualan modul tersebut. Akhirnya perkara dia atas terjadi ke atas negaranya sendiri. Ayuh kita bangkit mencipta sesuatu yang mampu menggugat kredibility YAHUDI. Bukan kita yang tergugat oleh mereka mahupun indonesia...

Friday, October 16, 2009

Coretan

Salam Alaik


Cuba kita renungkan tajuk di aras buku tersebut. Yang mana menyentuh mengenai perancangan demi perancangan mengikut flow yang di create sendiri untuk mencapai tahap kejayaan yang memuaskan. Flow yang terlibat dalam perancangan ini melibatkan flow kehidupan kita. Dari baby-sekolah rendah-sekolah menengah dan kini University. Inilah flow kehidupan seorang yang bergelar mahasiswa/wi. Selepas ini mungkin akan berkahwin pula. Itu semua perancangan kita sebagai manusia, jawapannya ada pada Allah S.W.T.

Di dalam sistem analisis dan design yang saya belajar juga mempunyai flow nya sendiri untuk membangunkan sesuatu sistem on9. Antara flow yang wajar diikutu ialah bermula dengan planning, analisis, and design. Inilah flow2 untuk membangunkan sesuatu sistem. Untuk memberi kejayaan kepada sistem pun perlukan perancangan yang teliti, apatah lagi untuk pembangunan kepada diri manusia.

Mungkin saya lebih suka mengaitkan kehidupan ni dengan matlamat. Jika di tanya apakah matlamat kamu. Saya dan rakan-rakan pasti menyebut nak mencari Redha Allah. Ya inilah jawapan yang dimonopoli oleh sebahagian besar kita. Dan inilah juga sebenarnya flow terakhir kehidupan kita. Namun, sebelum menemuinye, kita sebagai pemain di dunia ini harus memainkan peranan untuk mencapainye. Ucapan mudah yang boleh kita lakukan, amar ma'ruf nahi mungkar. Bagaimana caranya, saya pulangkan pada setiap individu itu. Method kita pelbagai namun matlamat akhir tetap 1.

Ok lah, mungkin saya juga lebih suka menyertakan kehidupan ni dengan kehidupan berbentuk pengisian untuk mencapai kejayaan dunia dan d bawa ke akhirat. Sebagai mahasiswa yang kreatif, sebenarnya saat beginilah wujudnya satu imaginasi perancangan untuk masa hadapan. Mungkin ada antara kita lepas tamat ni nak kahwin dan jadi suri rumah tangga dan jika di tanya pada saya. Jawapan yang saya akan beri berbentuk jangka panjang dan pendek. Dalam tempoh 4 tahun yakni ketika mana usia saya 26 tahun saya nak bawa ibu saya ke Makkah. Ini impian jangka pendek saya. Dan di dalam hayat yang sama juga dan untuk keberlangsuangan perjalanan hidup saya, saya mahu membangunkan entiti Islamic Product untuk Malaysia dan dunia khasnya. Ini matlamat jangka panjang saya. Inilah method saya untuk menonjolkan kekuatan Islam dari pelbagai sudut. Dari sudut ketenteraan, ekonomi dan keintelektualannya. Bukan hanya hebat di satu sudut. Resam dan perancangan manusia ni sangat pelbagai. Jadi selagi mana ia tidak bercanggah dengan yang Islam anjurkan, adalah tidak elok dijatuhkan hukum. Kata orang biar kita bercanggah pandangan melalui pelbagai aspek namun jangan melalui akidahnya.

Apapun, semuanya hanya perancangan kita sebagai manusia kerdil. Allah tahu akan yang terbaik untuk hambaNya. Yakin dan percayalah dengan setiap kejadian di muka bumi ini tentu ada hikmahnya.

Ok lah sahabat2, jam dah menunjukkan 12.34 tengahari. Kat borneo ni baru sahaja azan zuhur tadi. Nak jumpa Allah dahulu. Salam imtihan dan salam perjuangan.

Kisah Imtihan Ku

Salam Alaik.

Tajuk untuk penulisan saya mungkin lebih menjurus kepada subjek-subjek yang bakal saya perjuangkan di dewan utama nanti. Pada 2/11 tepat jam 2 petang, insya Allah saya akan duduki exam multimedia yakni subjek minor saya. Pada 5/11 pula waktu yang sama saya akan duduki exam untuk subjek Islamic Fund Management. Ini antara subjek mejor saya di dalam Islamic Finance. Selang 4 hari selepas itu yakni minggu kedua imtihan, bermula 9,10,11, dan 12 november saya akan hadapi exam berderet dan kala itu otak saya juga akan berderet memaksimumkan tahap kefahaman untuk subjek Risk management, SAAD, Model E-Dagang dan Takaful Muamalat. Setelah itu, minggu terakhir exam saya akan bermula dengan subjek terakhir yakni pada 17 november untuk subjek Financial Analisis statement. Kesemua subjek yang wujud dalam sem ni untuk jiwa saya sebanyak 7 subjek dengan jumlah jam kredit 18 jam... Sikitkan walau subjek banyak. Haha...sikit-sikit pun, bila menyebut setiap subjek nie, nak jem gak otak dibuatnye.

Antara subjek yang amat saya minati dan amati adalah sebanyak 6/7 subjek. Kenapa tahu tak, sebab 6 subjek ni lecturer selalu masuk kelas dan mampu membina kefahaman saya saat di dalam atau di luar kelas. Subjek yang agak memeningkan pula adalah subjek model e-dagang. Mungkin sebab lecturer kurang masuk kelas dan sebab saya pulak malas. Hehehe... Apapun, dengan model ni, banyak memberi ruang masa untuk saya menyiapkan tugasan dan mencari alternatif lain untuk pelajarinya.

Dalam subjek multimedia ia banyak memberi kefahaman kepada saya melalui projek-projek praktikal yang saya pelajari. Ia tidak menjurus kepada teori semata-mata. Di sini saya mengenali konsep bunyi, grafik, 3D, warna, dan sebagainya. Insya Allah untuk subjek ni saya ada target terbaik. Tolong doakan saya ya... Bab 1-11.

Sekarang masuk pula kepada subjek Pengurusan Dana Islam. Pengurusan dana islam ni lebih menjurus kepada konsep management oleh seseorang dalam pengurusan kewangannye. Beerti di mana dan bagaimana ia harus laburkan atau gunakan wangnye. Ia tidak menjurus kepada individu semata-mata tapi juga kepada syarikat-syarikat. Sebagai contoh pelaburan yang dibuat oleh syarikat kemana arahnya, adakah ke dalam sistem pelabuaran konvensional atau islamic insurans. Adakah sistem pelaburan tersebut mengandungi riba atau tidak. Ia lebih kurang kepda subjek Takaful Muamalat. Yang mana kenapa orng Islam khususnya harus memanfaatkan sistem takaful dan bukan Insurans konventional. Dalam pemerhatian sehingga kini, ramai hamba Allah memilih insurans konvensional berbanding Takaful, hal ini mungkin disebabkan masalah miss comunication atau buat-buat tak tahu tentang kewujudan takaful. Jadi di dalam 2 subjek ini, lebih menjurus kenapa perlunya Takaful dalam urusan jamin-menjamin dan bukannya konvensional yang menjamin...

Seterusnya, ialah subjek analisis laporan kewangan. Hehe...ni antara subjek yang saya skor tinggi. Mungkin sebab saya mengambil masa yang lama sebelum memahaminya dan mungkin jua sebab saya lebih fokuskan hidup untuk menganalisis sesuatu dalam kehidupan saya. Apapun semua 6 subjek tersebut amat saya memberi fokus yang lebih kerana dah mendapat tips dari semua 6 lecturer. Huhu sekarang ni tinggal model je untuk mendapatkan tips, masuk ni dah dekat 4 minggu tak de kelas, Setakat ni pulak kelas yang dah berjalan baru 3 kelas rasanya. Banyakkan saya tak de kelas. Alamatlah kene lbh cari alternatif kalo nak target A.

Sekian kalam dari tinta penulisan saya untuk saat ini. Saya mengharap kawan-kawan doakan saya untuk imtihan kali ini. Tidak lupa juga doa dari ibu saya dan ahli keluarga saya yang tersayang amat saya harapkan. Mereka kini menjadi penyuntik semangat utama saya. Kerana merekalah insan yang tidak jemu melayan kerenah anaknya yang sedikit nakal ini. Salam Imtihan buat semua mahasiswa/wi UMS-KAL dan seluruh IPTA di pelusuk semenanjung dan borneo khasnya.

Maaf salah silap dalam perkenalan dan salah paham mungkin...Doakan saya

Salam Tinta Bermula

Salam alaik buat semua sahabat pembaca yang amat dirindui... Sahabat yang memberi komen dan semangat juga amat-amat dirindui kerana di dalam komen ada pembetulan untuk jiwa ini... Tulisan pertama untuk musim ini hanyalah sekadar sesi ta'aruf yang tidaklah terlalu mendalam. Semasa penulisan ini di lakukan, saya berada dalam kemuncak untuk menghadapi imtihan. Dunia pemikiran saya lebih kepada penuntutan ilmu buku di dunia kewangan Islam dan Risiko di dalam lakaran kehidupan menjadi mahasiswi.
Penulisan akan saya mulakan seketika nanti...wassalam