Tuesday, January 19, 2010

SELAMAT HARI LAHIR IBU



SELAMAT HARI KELAHIRAN yang ke 49 tahun buat ibuku yang amat dikasihi dan disayangi. Hari ini 19/1/10 genap umur ibu yang melahirkan ku ke dunia ini menginjak ke usia 49 tahun. Nampak semakin bertambah usia ibu ku. Moga ibu sentiasa sihat dan dalam lindungan Allah SWT sentiasa.

Kata orang semakin bertambah usia seseorang semakin dekat kita dengan kematian. Itu adalah lumrah dalam kehidupan. Namun jangan rasa hairan jika usia muda pun dekat dengan kematian. Tanda Allah sayang akan diri kita sebenarnya. Kematian dengan kata lain boleh saya istilahkan sebagai masa rehat setelah penat bekerja di dunia mungkin. Moga2 amalan kita di dunia di terima Allah di akhirat sana.

Maaf untuk ibu tersayang kerana anak mu hanya mampu mengucapkan "Selamat hari lahir" dari jarak yang amat jauh berbatu2. Namun kasih sayang ayung pada mak, tidak sekali2 akan jauh. Insya Allah...

Moga sentiasa sihat di sana.Salam kerinduan dari anak mu di bumi Borneo

No comments:

Post a Comment