Sunday, January 17, 2010

Pilihan Raya Kampus Harus Telus





Musim pilihanraya kampus semakin hampir. Masalah ketelusan selalu menjadi tanda soal sama ada diperingkat tertinggi mahupun hanya di peringkat bawahan. Di mana letaknya morality pemimpin jika sejak awal mengajar anak didik tidak telus dalam perlaksanaan sesuatu bidang tugas?

Kampus adalah gedung penuntutan ilmu. Seharusnya gedung ilmu ini di jaga dan digilap sebaik mungkin untuk mudah ilmu di beri mahupun diterima dari 2 pihak yang terlibat. Musim pilhanraya telah hampir tidak berapa lama lagi, saya yakin kempen mansuh e-voting ini amat di sokong oleh mahasiswa/i seluruh university sama ada di dalam atau di luar semenanjung sekali pun. Namun, adakah ia di terima oleh pihak KPT atau tidak? Secara zahirnya, semacam tidak diterima oleh mereka. Birokrasi amat jelas kelihatan dari sistem pemerintahan di Malaysia. Suara mahasiswa/i di anggap sebagai "suara sumbang" yang mahu menjatuhkan kerajaan.

Malaysia negaraku, sampai bila kita harus begini? Dimana letaknya morality kita sebagai anak melayu dan anak timur? Untuk Pro-M teruskan langkah. Kami menyokong kalian.

Wallahualam!!!!!

No comments:

Post a Comment