Saturday, January 23, 2010
Atuk
Ketenangan wajah nya, amat di kagumi. Kegigihannya bekerja amat menaikkan semangat. Dia bukan orang yang kaya mahupun beharta. Namun dia seorang insan yang amat gigih di waktu mudanya sehingga waktu tuanya. Dia menjadi antara pembakar semangat buat cucunya yang amat disayanginya. Inilah kasih atuk mengalahkan kasih ayahnya.
23/1/10: Selepas solat maghrib dan mengaji, terasa ada sesuatu yang belum aku laksanakan hari tersebut yakni, bercakap dengan famly d kampung. Tanpa membuang masa, aku call handphone ibu, tapi tidak berjawab. Sangkaan ku ke rumah saudara. Aku call lagi sekali, nenek yang jawab handphone ibu. Seperti biasa, salam dihulur dan tanya kabar nenek dan keluarga di kampung. Nenek kata semua orang sihat dan ibu ku ke manjung dengan adik. Tanpa banyak bicara dengan nenek, aku beri salam tanda ingin meletakkan ganggang.
10 minit selepas itu, aku call handphone adik. Niat di hati nak jerit "shopping belikan beg", tapi nada suara adik saat itu sangat perlahan. Tanpa membuang masa, ibu sambut panggilan ku pula, nadanya juga perlahan. Agak pelik, dan bila aku tanya lokasi mereka, ibu kata di hospital bawa atuk sakit. Allah, saat itu air mata tak tertahan, terpikir yang bukan2. Sebab atuk dah tua tapi masih bersemangat, aku yakin dia kuat. Namun, mainan perasaan...memang perit. Handphone terus di matikan oleh ibu sebab ibu kata ada doktor.Hurm...
Abang ku di KL call aku pula, katanya dia akan pulang terus ke Perak selepas maghrib waktu semenanjung dan mungkin akan bercuti seminggu. Menangis juga dia. Kakak ku di kuala pula akan pulang hari ini bersama suaminya mungkin. Tapi aku still di sini. Atuk, nenek, ibu adalah insan penting dalam hidup kami ber4. Kerana mereka kami berjaya sehingga hari ini. Semangat dan kasih mereka kami lulurkan dalam diri ke mana sahaja kami pergi. Lepas isyak ibu call aku pula, kata atuk kene tahan di wad. Pak cik ku jaga kata ibu. Tenang hati saat tu sebab ibu kata atuk dah stabil. Kasih atuk amat meresap dalam jiwa ku sebenarnya. Aku bangga memiliki anugerah yang paling beharga dalam hidup ini iaitu iman dan islam serta ahli keluarga ku yang amat aku kasihi.
Mereka tampak biasa, namun semangat mereka amat luar biasa untuk diri ku. Ya Allah, moga atuk cepat sembuh dan peliharalah atukku "Haji Radin", nenek ku "Suppy", ibu ku "Muriah", adik ku "Liyana", abangku "Raduan", Akak ku "Hasnah" dan seluruh ahli keluarga ku serta seluruh umat Islam di muka bumi ini agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan di bawah lembayung rahmat Mu...Amin...
Aku sayang atuk...
Gambar Hiasan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment