Ibu Kata Saya ni Amanah dari Allah untuk beliau
Tepat jam 4.00 a.m saya mula mengupdate blog kesayangan saya kembali. Semakin dekat dengan exam akhir semakin rancak saya menokok tambah isi dalam blog yang tidak seberapa ini. Sambil menelaah, sambil update blog. Jika sebelum ini tumpuan saya hanya pada FB sahaja, tapi kini saya beralih arah kembali ke Blog kesayangan saya. Alhamdulillah dapat 2 bab saya refress kembali untuk subjek institusi. InsyaAllah akan berkongsi bersama teman2 study group saya pagi nanti lebih kurang jam 11 pagi. Moga segalanya dipermudahkan Allah SWT.
Hati sedikit sayu sebenarnya bila mendengar lagu tema di blog saya ini. Banyak pengorbanan ibu buat diri saya sejak lahir sehingga kini. Sejak dari saya menangis keluar dari rahimnya sehingga saya mahu tamatkan pengajian saya di UMSKAL dalam tiket Ijazah Sarjana Muda Islamic Finance. Inilah reality, tanpa sedar semuanya berlaku sepantas kilat dan tanpa sedar saya sering mengabaikan nasihat2 ibu. Saya bukan insan yang sempurna, namun saya mahu ke arah kesempurnaan dari sudut sahsiah, tarbiyyah dan siasah diri. Moga ibu meredhai perjuangan ilmu saya di sini.
Sejujurnya, bagi saya percaturan Allah pada diri saya amat cantik. Fasa demi fasa dilalui dan ia mendidik saya menjadi seorang yang tabah dalam kehidupan. Jika dahulu semasa kecil, mungkin terlalu nakal, namun kini banyak berfikir ke arah kebaikan. Cukup cantik percaturan Allah untuk diri ini. Jika dahulu mungkin ada sahaja persoalan tentang sesuatu yang membuatkan ibu tak tidur malam, namun kini mungkin ibu lega sedikit.
Ya Allah, Kau rahmatilah ibuku.
Andai masa mampu berulang, tidak mahu rasanya saya memberi tangisan air mata kesedihan buat ibu, namun saya mahu mengulangi air mata gembira untuk ibu. Namun, inilah fasa kehidupan. Pengalaman itu amat manis jika kita belajar darinya. Syurga ku dibawah tapak kaki ibu kini, masa depan aku tidak pasti..Moga percaturan Allah itu sebaik2 percaturan untuk hidupku lebih mengenal erti Nyawa.
Doa untuk ibuku dan ibu-ibu lain;
Ya Allah,
Di pagi yang hening ini aku serahkan segala urusanku kepada Mu,
Ku mengharap ada sinar untuk hari ini dan seterusnya,
Jangan jadikan aku umat yang lupa akan seluruh nikmat Mu,
Ya Allah
saat tangan ini menadah memohon kepada Mu,
Ampunilah dosa ibu ku,
Dosa ku yang mungkin secara sengaja atau tidak membuat ibu berkecil hati,
Ya Ghaffar, Ya Rahim,
Engkau telah meletakkan aku di dalam rahim ibuku,
Engkau hangatkan sentuhan ibu untuk mendidik ku,
Engkau besarkan badan ku dengan aliran susuan ibu,
Ya Allah Ya Jabbar Ya Ghaffar,
anugerahkan kepada ibuku taufik dan hidayah Mu,
Limpahkanlah ibuku perlindungan Mu agar ibu mampu melindungi ku dengan keadilan Mu,
Jauhi ibuku dari kemunafikan, kufur nikmat mahupun kezaliman dunia,
Ya Rabb,
Aku memohon agar masih ada ruang untuk ku medakap tubuh layu ibu dengan penuh kasih sayang,
Berilah kesempatan untuk aku terus memanjatkan doa dari Mu untuk ibu,
Bangunkanlah aku ditengah malam untuk mencari ruang bersama Mu,
Dan untuk menyampaikan doa ku untuk kesejahteraan ibu daripada Mu,
Izinkan ku membasahi tempat sujudku dengan air mata taubat akan khilaf dan alfa ku kepada Mu dan Ibu,
Ya Rahman Ya Rahim,
Sinarkanlah kehidupan ibu dengan lembayung rahmat Mu,
Peliharalah ibuku dari dosa dunia,
Jagalah ibu untuk ku,
Satukan ibu ku bersama orang-orang yang bertaqwa kepada Mu,
Yang sentiasa mencintai agama Mu,
Yang sentiasa dahagakan ayat-ayat al-quran Mu,
Yang sentiasa dahagakan alunan zikir memuji Mu,
Ya Allah,
Kau perkenankanlah doa ku ini,
Moga aku mampu menjadi anak solehah untuk ibu..
Amien..
No comments:
Post a Comment