Thursday, April 22, 2010

~~Mencari REDHA~~



Jika takut di pukul ombak..
Jangan berumah di tepi pantai..

Liku hidup ini mengikut aturan sang pencipta Allah SWT. Sejauh mana ia diaplikasikan dalam kehidupan dan sejauh mana ia dipraktikalkan dalam kekuatan mahupun kelemahan. Kisah duka dan suka yang dilalui adalah salah satu ujian Allah untuk setiap makhluk yang diciptkanNya.

Ujian Allah itu pelbagai bentuknya, mungkin ujian dalam kisah sedih atau mungkin juga ujian dalam kisah gembira. Teringat saat berdiskusi dengan seorang teman sekuliah, dalam kita mengecapi kejayaan demi kejayaan ini, jangan sesekali pandang ia sebagai kejayaan yang bersifat kekal, kerana segalanya milik Allah. Bila mana Allah mahu menguji dengan kejatuhan pula, jangan pelik bilamana ada antara kita akan terus tersungkur dan bersikap tidak redha dengan Ujian Allah. Ya, ramai manusia sentiasa bersifat gembira dengan kejayaan, tidak kira akademik, intelektual, kekayaan mahupun hiburan. Namun tanpa sedar Allah sebenarnya mahu menguji sejauh mana manusia mampu berfikir kenapa Dia memberikan hal2 tersebut kepada dirinya.

Bagaimana mahu bersikap redha?

Bersikap positive lah dalam setiap apa yang berlaku atas diri dan ikhlaslah dengan setiap ujian ke atas kita.

Yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar.

Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’

Kembalilah kepada Allah kerana sesungguhnya setiap ujian Allah itu adalah dengan tujuan ingin menguji sejauh mana kekuatan dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Yakinlah dengan ia.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut:2)

Wasiat Luqman Alhakim
‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’

Peringatan untuk diri dan sahabat2
1. Iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa..
2. Nikmat terbesar buat kita umat Islam ini ada 2 yakni Iman dan Islam
3. Rujukan kita umat Islam yang utama iaitu Al-Quran dan As-sunnah
4. Janganlah sesekali kita bersedih hati dengan ujian yang cuma sedikit ini, carilah utube dari seorang ustaz "mencari redha"..(syukran pada yang tag kan kepada saya d FB)
5. Sesungguhnya ujian Allah terhadap Rasulullah, isterinya dan keluarganya adalah amat besar dari apa yang kita pernah rasa hari ini. Carilah utube tu, nanti kamu tahu kisahnya.

Semoga kita sentiasa mencari apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan. moga hidup ini sentiasa di dalam pandangan Allah SWT. Allahuakhbar!

No comments:

Post a Comment