Sebentar tadi ku lihat2 laman FB dan Blog teman2...Artis Malaysia semakin advance. Terbaru di tangkap terlibat dengan dadah...Anak seniwati terkenal??? Siapakah? Rasanya bijak untuk kita meneka.
Ketelusan dalam kerjaya artis ini ada baik dan buruknya. Jika di amati kita amat jauh ke belakang dari kehidupan masyarakat Indonesia. Teringat pada malam Forum semalam, ustazah nordianah ada menyebut tentang "seni indonesia mampu menarik masyarakatnya kepada cintai Islam", namun seni Malaysia bagaimana? Semalam aku mendengar dan hari ini aku membaca kisah buruk artis Malaysia. Layakkah mereka terus diangkat menjadi idol para anak remaja?
Bukan ingin membandingkan anatara hiburan 2 negara. Namun, suka untuk ku ingatkan diri ini dan para sahabat pembaca sekalian, agar lebih berhati2 dalam memilih seni untuk hidup. Berhibur ada cara Islam sebenarnya. Cuba search d blog ustaz Hasrizal misalnya, ada berkenaan seni. Seni Malaysia sangat kelihatan tiada arah tujuan hidupnya, makin bercelaru, makin panas dengan isu2 sensitive dan semakin wujud kepincangan dalam persembahannya dari sudut diri artis itu sendiri. Lihatlah cara kita org Malaysia berpakaian, lihatlah cara artis berpakaian, rasanya semua boleh jadi artis dah kat Malaysia nie. Tiada beza antara artis dan org biasa kebanyakannya.
Hati ini, terus panas dengan isu2 sensitive masyarakat melayu Islam sekarang. Bagaimana ingin membentuk dan mencapai status negara Islam? Jika perkara yg paling di dahagakan oleh anak remaja kini semakin pincang dan semakin membawa ke arah kemudaratan ummah. Ayuhlah kita pikir2 kan. Bukan ingin menyindir mahupun menidakkan bidang seni, namun seharusnya ia mampu membawa ke arah kebaikan bukan kemudaratan. Sakit bila anak melayu Islam sendiri buat hal remeh, dalam masa yg sama bercakap tentang agama, dalam masa yg sama menjadi pelakon hebat, dalam masa yg sama melakukan maksiat..adakah kita mahu melahirkan golongan "Dalam masa yg sama?" Jika dalam masa yg sama berbuat kebaikan dari percakapan, dari tingkah laku dan dari sudut matlamat, tidak saya kisahkan, namun lihatlah dunia.
Teringat satu pembacaan saya, dunia akhir zaman salah satunya bilangan Ulama' semakin kurang, namun yg berlakon sebagai Ulama' semakin ramai. Belajarlah dari UNIVERSITY KEHIDUPAN untuk mendapat kebahagiaan yg amat HAKIKI di Akhirat sana.
P/S: muhasabah untuk diri sendiri dan teman2, sama2 kita jauhi perkara yg buruk, sama2 kita cuba dan berusaha mencari kebahagiaan hakiki itu, sama2 kita berusaha mengembalikan syiar Islam. Rajin2lah kita membaca dan memahami isi kandungan al-Quran, sama2 kita sematkan zikir2 memuji Allah, sama2 kita renungkan perjuangan baginda Rasulullah saw...Diri ini masih harus di asah untuk tajam dari kisah kehidupan dulu kini dan masa depan...Masih belajar untuk memahami konsep "University kehidupan". Allah moga diri ini di berkati oleh Mu, dilindungi dari perkara2 maksiat dan agar jiwa ini sentiasa dekat dengan Mu dalam mendamba redha Mu. Kau lah maha pengasih lagi maha penyayang...Ya Rabb...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment