Monday, March 1, 2010
Penyatuan suara Mahasiswa Kal untuk ISU AIR!!!
1 MAC 2010,
PERKARANGAN PALAPES,
8.30 MALAM.
Malam ini, insya Allah tepat jam 8.30 malam pengumpulan dan penyatuan satu suara dari seluruh mahasiswa KAL berkenaan ISU AIR yang tak tahu bila akan selesai akan dilaksanakan. Masalah air yg hampir setahun ini, terus2san berlaku dan semakin meruncing. Ia amat menyukarkan pengajian seluruh mahasiswa UMS-KAL terutamnya. Sampai ada yg menyewa hotel untuk tujuan mandi dan mencuci dan ada yg mengangkat 10 baldi air sehari sehingga ke tingkat 4 untuk tujuan pembersihan diri. Adalah tidak wajar jika ia terus-terusan berlaku kepada seluruh mahasiswa khususnya dan amnya kepada seluruh masyarakat labuan.
Dari sudut sainsnya, seorang perempuan adalah amat dilarang mengangkat benda yg berat terutama setiap hari. Ia mampu merosakkan sistem peranakan seseorang perempuan. Hal ini berlaku akibat dari ketahanan tenaga yg amat kuat digunakan oleh seseorang itu. Dan akibatnya ia mampu membuatkan seseorang itu mandul.
Teringat masa zaman sekolah dulu, ustaz selalu menerangkan kenapa perlunya lelaki ke atas seorg wanita. Ustaz kata, lelaki ni sebenarnya pelindung wanita dalam segala hal. Contoh yg diberi berkaitan beg laptop yg dijinjing oleh seorang wanita, adakah wajar kita biarkan sahaja wanita itu membawanya atau membantunya. Seluruh lelaki dlm dewan kelas masa tu lantas bersuara "kami akan membantu"...maksudnya mereka benar2 mahu menjadi pelindung wanita dan ada kepentingannya antara satu sama lain.
Dan isu air ni, ada kaitannya dengan kesihatan wanita. Jadi ayuh kita mahasiswa gegarkan suara dan bersatu suara dalam menyelesaikan isu ini. Jangan letakkan segalanya di atas bahu MPP atau PMUMS. Ayuh gegarkan...
Kita bukan nak wat kacau, sekadar berbincang dan bersatu antara mahasiswa, kita bukan demonstrasi haram, namun suarakan apa yg perlu dan wajar. Kita adalah sebahagian golongan intelektual yg sedar, jadi kita harus bangkit tegakkan apa yg wajar....ayuh seluruh warga KAL kita gegarkan malam "satu Suara, satu Tujuan"...anjuran MPP&PMUMS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment