Baru balik dr FORUM : HAKIKAT BAHAGIA hasil perkongsian Ustazah nordianah alwi dan ustaz anuar Ali...
Hakikat bahagia: Hadir bila kamu dapat apa yg kami mahu. Namun adakah ia kekal atau sementara? Sukar untuk di duga...Namun jika di dunia harta yg ada sememangnya hak ALLAH...Segalanya hak Allah SWT. Kita sebagai pemegang amanah yakni pengurus yang baik untuk segala yg Allah pinjamkan.
Hakikatnya hari ini adalah hari kebahagian yg aku rasa. Hidupku sentiasa penuh dengan perkongsian ilmu secara direct atau indirect. Sama ada melalui medium/intermidiaries atau tidak... aku tetap perolehi ilmu. Banyak sungguh. Alhamdulillah...
Masa2 ku hari ini sungguh banyak bicara ilmu Allah, sungguh banyak bicara dunia dan akhirat. Sungguh bermanfaat ku rasa. Perkongsian direct dan indirect bersama kawan2 baik ku, sungguh menyegarkan minda dan menaikkan semangat. Antara medium penyampaian ilmu yg Allah SWT hantarkan pada kami HE23 ialah melalui En.Asharul Huzairi dari Bursa Saham Malaysia. SubhanaAllah...sungguh matang pemikirannya dan keterbukaannya tentang dari perkongsian ilmu yang beliau berikan kepada kami. Aku sebagai pendengar yg baik mungkin, dalam setiap patah butir bicaranya akan aku pikirkan...Impian aku dan teman2 mahu jadi sepertinya atau lebih lagi.Hihihihi...Tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima. Syukran encik...
Hari ni jugak aku dah dapat tambah koleksi bacaan ku...Haiks...sem akhir ni inilah salah satu cara untuk isi rohani diri ku. Koleksi buku2 lama masih ada yg belum ku khatamkan, namun tak mengapa...mungkin ia akan amat berguna satu masa nanti.Antara koleksi terbaru yang kumiliki ialah "KERANA CINTA HARUS KU MEMILIH: BURHAN SODIQ & NOTA HATI SEORANG LELAKI: PAHROL MOHD.JUOI"...2 buku ni Insya Allah akan ku khatamkan dalam masa terdekat ini, hurm...kawan2 ada yg booking untuk di baca oleh mereka. Apapun aku rasa seronok menjadi ulat buku dulu, kini dan selamanya. Moga kekal...walau banyak malas juga...
Semoga hari bahagia ini akan terus abadi d hati ku.
Carilah seseuatu yang luar biasa...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment