Thursday, March 4, 2010

Mencari Imam Ku...

Berehat sebentar dari menelaah subjek current Isu...Petang ni jam 2 ada midterm untuk subjek ni...Doakan saya

Teringat satu harapan dan impian semua wanita, perempuan mahupun muslimah. Saya lakarkan sedikit lukisan dan tulisan berbicara "Mencari Imamku"

Fitrah setiap manusia ingin berkasih-kasihan dan berkasih sayang. Namun bagaimana? Saya membawa tajuk "Mencari Imamku" khas untuk tatapan para GIRL semua. Kekasih bagaimana yg kita dambakan? Kekasih bagaimana yg kita mahukan? Adakah kekasih Gelap atau kekasih Halal?

Saya percaya di usia 15 tahun lagi, sifat ingin kasih-mengasihani telah mula wujud. Kini tidak pelik rasanya jika budak berusia 5 tahun telah mula bercerita tentang teman-teman sebayanya. Adik sepupu saya berusia 6 tahun tersenyum2 bila di soal tentang si polan si polan. Apa maksudnya?Budak2 pun dah bijak mencari dan mula suka seseorang apatah lagi kita yg dh "TUA" ni. Namun, yang "Tua" ni memilih dalam berhubungan. Itu yg pasti.

Pilih bukan beerti mahu yg kaya atau mahu yg papa kedana. Namun sesuai menjadi imam buat diri dan zuriat2 yg bakal di lahirkan. Setiap org berbeda pandangan. Namun dari hati kecil ini cukuplah dia mampu menjadi imam/pemimpin buat diri dan keluarganya. Dan sebaik2 lelaki adalah yg mampu membimbing bukan mengkritik tanpa solution yg jelas.

Ada antara kita bila di soal, mahu menjadi apa d masa depan. Jawaban yg mantap "menjadi sayap kiri perjuangan sang lelaki". Inilah antara jawaban2 yg diterima hasil perkongsian minda antara saya dan beberapa orang teman. Alhamdulillah.

Ucapan untuk si lelaki

Hai lelaki, jadilah sebaik2 pelindung buat wanita.
Hai lelaki, jadilah sebaik2 pemberi nasihat buat wanita.
Hai lelaki, jangan sesekali kau menjatuhkan kredibility kami sebagai wanita.
Hai lelaki, Ingatlah kami adalah sayap kiri kehidupan dan perjuangan Mu...

Untuk wanita

Marilah kita dambakan lelaki yg mampu memimpin
Bukan lelaki yg hanya mengkritik
Marilah dambakan lelaki yg mampu melindung
Bukan yg menjatuhkan kredibiliti wanita
Namun, janganlah kau wanita terlalu memilih dari sudut yg merugikan diri mu
Pilihlah imam mu yakni pemimpin, penasihat, pengingat, pelindung, dan pengkritik dalam kehidupan mu di dunia mahupun di akhirat sana

P/S: Tulisan ini hanya sekadar pekongsian masa senggang...

No comments:

Post a Comment