Sunday, December 12, 2010

Meniti Kehidupan yg penuh liku

Jauh bukan sebarang jauh,
Jauh datang dari Sabah,
Mengaji bukan sebarang mengaji,
Mengaji ilmu di tepi perigi

Pantun membuka bicara penulisan 12/Dis/2010...Lama tidak menulis. Masa di isi dengan kesibukan kerja sambil mencari peluang perniagaan yg lebih luas.

Bercerita mengenai laluan hidup kini, sangat mencabar minda dan jiwa serta fizikal. Uh, sangat berat namun ada sahaja laluan dan idea di minda. Dahulu semasa belajar sibuk memikirkan bagaimana mahu mencapai result yg baik, duit makan, duit poket, duit buku, duit assgment, duit yg org tua berilah katakan. Kini, awal2 lagi, kerja pun tak berapa stabil, utang kereta muncul, utang PTPTN dah sedia menanti. Ya Allah memang kalau di fikir agak berat. Namun, inilah antara cabarannya dlm hidup.

Dahulu sibuk pilihanraya di dalam kampus, kempen sana sini, sekarang di dalam negara berdaftar-kempen sana sini. Esok lusa jumpa p anak perempuan dato' seri anwar kat sebelah kampung. Tajuknya berunsur gerak kerja pilihanraya. Macam2 saranan PM pun wujud bila pilihanraya semakin hampir. Saranan PM tak cukup lagi, diserah pulak kat ketua kampung, dia kata yok ramai2 g dewan orang ramai dapat RM 10. Dlu p masjid sekarang p dewan org ramai. Tu lah politik Mesia. Sakit minda, bila sering buruk memburuk. Sesama bangsa dan mengaku satu agama yg sama, tp perkelahian sering jugak berlaku, yg di menangkan orang luar.Itulah prinsip yg mahu diketengahkan oleh 1 MESIA kepimpinan PM kini. Pilih lah PAS, ni lah parti terbaik yg aku rasa wat masa sekarang nie. Kurang kontroversi tapi tingkatkan prestasi, mcm moto yg diguna dalam MELODI. Bukan parti yg sering melaga2kan dan sering mencari publisiti dan meluah janji palsu. Cukuplah penelitian kita sehingga hari ini terhadap politik Melaysia. Pilihlah yg mana sesuai dan dirasakan selayaknya untuk mentadbir negara dan menjadi kawan rakyat.

Aku anak Negara Separa Islam,
Mahu jadi anak budiman,
Hidup tidak sentiasa diam,
Wspada dalam segala Urusan.

Salam selamat aku ucapkan,
Kepada semua para pembaca,
Andai ada tersalah tulisan,
Maaf dipinta dari semua.


Wassalam

Wacana sedikit celaru dlm entri kali ini. :p

Monday, November 1, 2010

Tiada Tajuk

Assalamualaikum...

Buat semua sahabat dan rakan pembaca. Pertamanya ingin memohon kemaafan ke sekian kali kerana ruangan ini sentiasa kosong bagaikan minda yg sedia kosong selama ini. Tangan kelu dan hati bimbang untuk menyampaikan sesuatu. Maaf semua.

Hati ini ingin menulis dari bicara hati dan sanubari. Alkisahnya sekadar cerita impian seorang insan bergelar muslimat. Hari2 ada saja cerita dunia yg gembira, sdih, sadis, ceria dan Geram. Banyak org banyak ragam, inilah cerita dunia. Banyak org banyak pandangan dan perkongsian.

Situasi 1:
Satu hari di sebuah kawasan di Perak. Ketua kg membuat pengumuman kepada seluruh penduduknya, hari ini jom ke masjid sembahyang berjemaah dan mendengar ceramah dr Ustaz jemputan dan anda akan mendapat RM10, RM20 ,RM30 mengikut jarak kg dengan masjid al-falah. Dan dalam masa tersebut 4 buah bas disediakan untuk sesiapa yg berminat. Lantas ramailah org kg yg selama ini tak pernah ke masjid berpusu2 menaiki bus untuk ke masjid walau jauh walau dekat demi RM! Yg biasa ke masjid pula di tanya, dah dapat duit belum. Lalu digelengkan kepala. Yg bertanya lantas memberi solusion agar mendaftar diri untuk dapat RM10. Si qariah masjid ini lantas terfikir, adakah aku ke masjid hari ini kerana wang dan mereka yg hadir dengan 4 buah bus ke masjid hr ini kerana RM? Qariah tadi terus naik ke masjid dan beristighfar dengan kepimpinan negra yg semakin hancus serta menjadikan Masjid sebagai Institusi Islah dan dakwah yg terkebawah! Sebelum naik ke Masjid sempat Qariah tadi mengerling ke arah sebuah Van Putih bertulisan Merah " Barisan Nasional". Hebat banar mereka menghancuskan ISLAM sedikit demi sedikit dan terang-terangan!

Situasi 2:
Dik, ada org ajak angah tido masjid rabu ni. Aku kata ada Qiamulail ke? Dia kata ada Qiamulail dan ada tazkirah subuh dr DR.ZAMBRI MB haram Perak. Aku lantas jawab, dah tahu dia MB haram yg dok mcm nak g wat gapo. Dia senyum. Dia kata kalo dia g dio nak tido sebeloh Zambri n dio g tazkiroh kek zambri b4 zambri g tazkirah kat ahli jemaah. Sapa yg nak join boleh lah datang masjid al-falah rabu ni. Kot2 la Zambri nak kc duit lebih sikit dr biasa. Dia kaci duit bukan dlm masjid, luar masjid tp kawasan sekitar masjid. Balai makan. Hoh! Sengal!!!!! Pilihan raya dah dokek tu dia sibuk nak undi.

Situasi 3:

Bagi lah pandangan kalian ye...Dulu BN bising2 kalo PAS bangkitkan isu plitik kat Mesjid, sekarang deme dok jilat apa yg deme kata dulu. Deme lak nak wujudkan sistem tarbiyyah deme kat masjid. Lain cara dan lain pemahaman mungkin. Aku bukan apa, sentitive sikit bila manusia ni sibuk hal dunia, pintar berkata tapi bodoh dlm memahami dgn mendalam. Aku katakan bdoh sebab dah macam pencacai yg berbicara dan bijak lagi pencacai tu aku rasa.Rumah Allah tu tempat ibadat, tempat menumpang kasih Allah, Tempat menjatuhkan air mata kerana Allah, bukan tempat persengketaan dan perpecahan Umat Muhammad. Sedarlah sikit kawan! Jgn leka dengan mainan dunia.

Thursday, September 30, 2010

Layakkah Kita d Panggil NEGARA ISLAM???

assalamualaikum...

Saya terpanggil untuk menulis entry terbaru ini dengan motif utamanya mengenai isu "di mana sensitivity umat Islam dan kepahaman umat Islam mengenai dosa pahala menjalani kehidupan sebagai MANUSIA SONGSANG???Antara istilah yg digunapakai oleh manusia songsang ini ialah "IM SHEMALE, IM TOMBOY, IM GAY, IM LESBIAN, IM PENGKID". Inilah antara istilah yg digunakan d status peribadi golngan ini. Sejak zaman Nabi Luth dahulu telah wujud golongan homoseksual ini yang mana ia merupakan pendidikan dan peringatan dr Allah untuk diambil pengajaran dan dijauhi serta merta. Namun kenapakah di MALAYSIA negara kelahiran saya masih wujud golongan ini? Adakah peringatan terdahulu masih menjadi sangsi terhadap golongan2 ini?(Atas perbuatan kaum Nabi Luth tersebut, maka Allah menghancurkan umat tersebut dengan cara MENTERBALIKKAN BUMI ini (yang atas ke bawah, dan bawah ke atas) lalu dihujani dengan batu belerang yang terbakar secara bertubi-tubi. Lihat surah Hud [11] : 82). Inilah pengajaran yg harus d jadikan sebagai suatu kekuatan untuk menjauhi perkara mungkar ini!

Tidak beerti seorang guru atau doktor menasihati, memberi ubat kepada pelajar dan pesakitnya andai dirinya masih terumbang ambing dlm meniti alam ketuaan dunia ini. Bukan ingin melabel mana2 pihak, namun inilah hakikat dunia masa kini. Istilah "Bapak borek anak rintik" wajar digunakan untuk isu ini. Bagaimana anak mahu menjadi baik andai gurunya masih melakukan perkara yg ditegah agama dan kekhilafan demi kekhilafan dlm meniti usia senja?

Hinanya kita di sisi Allah SWT. Mungkin mulia buat pasangan shja!

Jika ada pembaca dr golongan ini d blog saya, nasihat sy satu sahaja...CARILAH TUHAN mu kembali!!!!

Wassalam

Wednesday, September 22, 2010

Ya Allah...Ampuni aku dan Insan2 sekelilingku

Salam alaik

Untuk memulakan sesuatu yg telah lama ditinggalkan adalah agak payah bagi diri ini. Namun, dipaksa untuk kebaikan jiwa dan semua. Hati ini sebenarnya sedang kecewa dgn kejatuhan demi kejatuhan yg wujud dalam diri, masyarakat,dan kepimpinan negara.

Andai jiwa ini diberi peluang untuk bangkit dan menyemarakkan corak kepimpinan yg ada, akan di ubah segala songsang yg wujud dlm kepimpinan dan individu. Budaya songsang yg meracuni jiwa masyarakat kian teserlah seolah2 berada di bumi Amerika.

Ya Allah ampuni aku dan seluruh masyarakat Islam, kuatkan aku untuk terus berada di dalam agama Mu, aku takut dengan kerdipan api neraka Mu. Ya Allah, matikan aku dalam iman, dekatkan aku dengan Syurga Mu. Allahuakhbar!

InsyaAllah

Assalamualaikum semua...

Terlalu lama saya tinggalkan blog yg tidak seberapa ini..Mungkin banyak yg menanti post baru dr saya. Sejujurnya minda sukar mengolah penulisan d saat ini...

InsyaAllah andai ada isian nanti dan perkongsian nanti, akan saya post kan buat teman blog semua dan teman pembaca. Selamat hari raya aidilfitri dari saya dan keluarga. Moga kalian sentiasa baik2 saja mahunya

Akhir kata dari saya, sayangi dan hargai segalanya. Alhamdulillah ucapan terbaik untuk segalanya...Wassalam

Friday, May 7, 2010

~Saat Terakhir di Bumi Labuan~

Dalam diam tak diam, akhirnya InsyaAllah tamatlah pengajianku dan gelaran mahasiswi yang ku pegang selama 3 tahun d bumi Labuan Ini secara tidak rasmi. Pelbagai perasaan bercampur baur bila tiba saat ini.Setiap pertemuan itu pasti terjadinya perpisahan. Sama ada ia permulaan atau terakhir hanya Allah ada jawapannya. Terima kasih pada sahabat2, lecturer2 ku yg amat d hormati, dan kawan2 semua. Untuk keluarga tercinta, nantikan kepulangan ku pada 9/5/10 ini. InsyaAllah akan mendarat d KLIA tepat jam 10.15 a.m. InsyaAllah mengikut perancangan angah, kami akan terus pulang ke Perak jika tiada aral melintang. Nantikan kepulangan ayung ye mak. Lepas ni fasa ke 8 akan ayung terjah pula. Moga ada sinar untuk kita nanti.

Apapun di Labuan ini, ia kenangan manis buat ku, kenangan yang amat sukar untuk ku lupakan, mungkin Labuan juga adalah destinasi ku untuk Fasa ke 8 nanti atau mana2 negeri yang selayaknya untuk aku terjah. Moga ada petunjuk dari Allah buat si kerdil ini.

Terima kasih untuk semua..moga akan ada masa yang sesuai untuk kita berjumpa di bumi yang menyatukan dan memperkenalkan kita tentang erti berdikari sebenar. Wassalam

Sunday, April 25, 2010

Khas Untuk peringatan kita sebagai anak


Ibu Kata Saya ni Amanah dari Allah untuk beliau

Tepat jam 4.00 a.m saya mula mengupdate blog kesayangan saya kembali. Semakin dekat dengan exam akhir semakin rancak saya menokok tambah isi dalam blog yang tidak seberapa ini. Sambil menelaah, sambil update blog. Jika sebelum ini tumpuan saya hanya pada FB sahaja, tapi kini saya beralih arah kembali ke Blog kesayangan saya. Alhamdulillah dapat 2 bab saya refress kembali untuk subjek institusi. InsyaAllah akan berkongsi bersama teman2 study group saya pagi nanti lebih kurang jam 11 pagi. Moga segalanya dipermudahkan Allah SWT.

Hati sedikit sayu sebenarnya bila mendengar lagu tema di blog saya ini. Banyak pengorbanan ibu buat diri saya sejak lahir sehingga kini. Sejak dari saya menangis keluar dari rahimnya sehingga saya mahu tamatkan pengajian saya di UMSKAL dalam tiket Ijazah Sarjana Muda Islamic Finance. Inilah reality, tanpa sedar semuanya berlaku sepantas kilat dan tanpa sedar saya sering mengabaikan nasihat2 ibu. Saya bukan insan yang sempurna, namun saya mahu ke arah kesempurnaan dari sudut sahsiah, tarbiyyah dan siasah diri. Moga ibu meredhai perjuangan ilmu saya di sini.

Sejujurnya, bagi saya percaturan Allah pada diri saya amat cantik. Fasa demi fasa dilalui dan ia mendidik saya menjadi seorang yang tabah dalam kehidupan. Jika dahulu semasa kecil, mungkin terlalu nakal, namun kini banyak berfikir ke arah kebaikan. Cukup cantik percaturan Allah untuk diri ini. Jika dahulu mungkin ada sahaja persoalan tentang sesuatu yang membuatkan ibu tak tidur malam, namun kini mungkin ibu lega sedikit.

Ya Allah, Kau rahmatilah ibuku.

Andai masa mampu berulang, tidak mahu rasanya saya memberi tangisan air mata kesedihan buat ibu, namun saya mahu mengulangi air mata gembira untuk ibu. Namun, inilah fasa kehidupan. Pengalaman itu amat manis jika kita belajar darinya. Syurga ku dibawah tapak kaki ibu kini, masa depan aku tidak pasti..Moga percaturan Allah itu sebaik2 percaturan untuk hidupku lebih mengenal erti Nyawa.

Doa untuk ibuku dan ibu-ibu lain;

Ya Allah,
Di pagi yang hening ini aku serahkan segala urusanku kepada Mu,
Ku mengharap ada sinar untuk hari ini dan seterusnya,
Jangan jadikan aku umat yang lupa akan seluruh nikmat Mu,

Ya Allah
saat tangan ini menadah memohon kepada Mu,
Ampunilah dosa ibu ku,
Dosa ku yang mungkin secara sengaja atau tidak membuat ibu berkecil hati,

Ya Ghaffar, Ya Rahim,
Engkau telah meletakkan aku di dalam rahim ibuku,
Engkau hangatkan sentuhan ibu untuk mendidik ku,
Engkau besarkan badan ku dengan aliran susuan ibu,

Ya Allah Ya Jabbar Ya Ghaffar,
anugerahkan kepada ibuku taufik dan hidayah Mu,
Limpahkanlah ibuku perlindungan Mu agar ibu mampu melindungi ku dengan keadilan Mu,
Jauhi ibuku dari kemunafikan, kufur nikmat mahupun kezaliman dunia,

Ya Rabb,
Aku memohon agar masih ada ruang untuk ku medakap tubuh layu ibu dengan penuh kasih sayang,
Berilah kesempatan untuk aku terus memanjatkan doa dari Mu untuk ibu,
Bangunkanlah aku ditengah malam untuk mencari ruang bersama Mu,
Dan untuk menyampaikan doa ku untuk kesejahteraan ibu daripada Mu,
Izinkan ku membasahi tempat sujudku dengan air mata taubat akan khilaf dan alfa ku kepada Mu dan Ibu,

Ya Rahman Ya Rahim,
Sinarkanlah kehidupan ibu dengan lembayung rahmat Mu,
Peliharalah ibuku dari dosa dunia,
Jagalah ibu untuk ku,
Satukan ibu ku bersama orang-orang yang bertaqwa kepada Mu,
Yang sentiasa mencintai agama Mu,
Yang sentiasa dahagakan ayat-ayat al-quran Mu,
Yang sentiasa dahagakan alunan zikir memuji Mu,

Ya Allah,
Kau perkenankanlah doa ku ini,
Moga aku mampu menjadi anak solehah untuk ibu..

Amien..

Kenangan Bersama

Semalam usrah akhir "Wida'" telah berlangsung di tempat yang telah menyatukan saya dan sahabat2 seperjuangan saya di UMSKAL ini. Rasa sedikit terubat akan kerinduan ingin bersama mereka lagi. InsyaAllah malam ini lepas maghrib (Isnin, 7.00 p.m) akan diadakan pula sedikit makan2 bersama muslimin dan muslimat di Baitul Raudah.

Pengisian usrah semalam bermula dengan alunan tasmit ayat as-saff yakni ayat asas bagi para pejuang agama Allah. Itulah ayat yang agak sedikit panjang saya belajar menghafaznya semasa mula2 menjadi ahli BADAR. Alhamdulillah semoga ia menjadi penguat saya dan teman-teman untuk ke medan yang tidak sabar saya mahu terjahkan diri yang serba kekurangan ini. Surah as-saff ini adalah pembuka saya terlibat dalam BADAR dan penutup saya saat bersama sahabat2 saya. Di masjid UMSKAL inilah kami dipertemukan dan di sana juga kami akhiri pertemuan seketika.

Setelah itu, isi utama pertemuan dibuka oleh saudari hasni yakni pengerusi majlis bagi usrah semalam yang juga teman rapat saya suatu ketika dahulu. Isunya perancangan masa depan, yang mana kami diminta mengulas perancangan dalam jangka masa 5 tahun ini. Bermula dengan adikku Qatrunnada, diikuti dengan kok su, kak long, hasni, azi, aku sendiri, syikin, nadia, mahira dan berakhir dengan adikku dayang. Banyak perancangan yang diutarakan namun saya akui bagi perancangan diri saya ianya tidaklah sejelas yang saya lakarkan dengan mata pena saya. Hurm..

Isu paling hot yang kami bincangkan adalah berkaitan baitul muslim. Ramailah antara kami teruja dengan isu tersebut, namun bila difikirkan sejauhnya saya merasa tidak jelas tentang itu untuk kehidupan saya. Yang saya sebutkan pertama berkaitan gerakan dakwah dan islah di luar setelah pulang ke kampung halaman dalam masa praktikum dan selepasnya (kak maziah insan yang akan saya cari selepas ini, inilah aset gerakan saya d Perak), setelahnya bekerja dan ke makkah bersama ibu antara usia 26-27 tahun. Untuk satu perkara hot tersebut tiada dlm perancangan, saya serahkan pada Yang Berhak. Namun saya akui memang diri ini lemah, kadang-kadang bila dah tersungkur, tidak pintar untuk bangun semula. Moga setelah ini saya mampu bangun untuk Islam dan belajar dari peristiwa pahit lalu. Manisnya bila berada dalam kalangan kita, itu yang terdetik di hati saat bertemu untuk kali terakhir dengan rakan-rakan muslimat semalam. Apapun moga ukhwah kita tiada penghujungnya. Pada yang dah ada calon jangan lupa jemput sebulan awal, saya akan spare kan wang untuk flight nanti.

Hari ni BBQ dan sedikit pengisian campuran 2 sayap yakni muslimin dan muslimat. Moga ukhwah yang terjalin ini akan kekal abadi dlm jiwa. Manisnya bila bersatu dlm saff yang sama dan berjuang dlm tujuan yg sama.

Syukran semua dan salam Perjuangan untuk kalian.!!!

Friday, April 23, 2010

Bilamana artis diagungkan dan Ulama’ diketepikan!!!



Malaysia dan hiburan umpama isi dengan kuku. Jika perkara ini berlaku di Barat mungkin ia tampak biasa. Namun, Malaysia bumi yang mengaku NEGARA ISLAM turut tercemar dengan agenda dan fahaman yang sama. Siapa yang harus dipersalahkan apabila dulu kini dan selamanya artis mula di sanjung dan ulama’ mula disingkirkan. Jika di Indonesia, politik negaranya membenarkan artis terlibat dalam pilihanraya Negara tersebut dengan kriteria2 yang tertentu, namun jika di Malaysia situasinya amat2 berbeza! Apatah tidak, yang di seru menjadi ahli politik di Malaysia pula adalah yang bermasalah dan mempunyai masalah yang luar biasa. Jika di Indonesia criteria untuk menjadi seorang pemimpin antaranya adalah bersih dari segala jenis anasir jahat dan berilmu, namun jika di Malaysia???*Tanyalah pada minda!

Baru-baru ini, kerap kedengaran artis meninggal dunia. Jika di lihat di laman-laman social para remaja dan pihak yang fanatic dengan dunia hiburan tanah air tidak sampai 5 minit telah menyebarkan berita2 tersebut sama ada di dada2 akhbar, di laman2 sosial dan sebagainya. Namun, bilamana pemimpin Islam yang meninggal dengan kata lain insane yang digelar ULAMA’ pulang ke Rahmatullah, adakah ia akan tersebar luas seperti tersebar luasnya pemergian seorang artis???Di mana arah Malaysia sebenarnya. Inilah masalah bilamana artis di angkat dan ulama’ disingkirkan! Tanpa sedar kita telah kecundang dengan misi dan visi besar kita sendiri. “KAMI NEGARA ISLAM, RUKUN NEGARA PERTAMA KAMI IALAH PERCAYA KEPADA TUHAN, KAMI TAK AMALKAN RASUAH, KAMI TAK MINUM ARAK, KAMI bla bla bla….” namun cuba kita pikir di mana kekuatan kata2 yang sering dilaungkan oleh pemimpin2 kita ini???Ayuh kita pikirkan dan perhalusi setiap bait kata2 mereka.

Apakah bezanya pula antara golongan yang memakai tudung dan golongan yang tidak memakai tudung dan dalam masa yang sama melakukan maksiat, melakukan zina, melakukan dosa buang anak dan melakukan segala perkara yang ditegah Islam? Pada saya dan beberapa sahabat diskusi untuk study group, kedua-dua golongan ini tiada bezanya. Isu ini saya sendiri bangkitkan bersama ahli study saya, sebelum memulakan langkah awal untuk struggle.

Suka saya berkongsi sedikit ilmu dengan mereka dari pembacaan saya. Bila mana saya bertanya pada mereka, *ada beza tak ye org pakai tudung dengan org tak pakai tudung dan dalam masa yang sama 2-2 ni lakukan zina?* Respond pertama : pada aku tak de beza sebab mereka 2-2 menjatuhkan maruah Islam dan yang penting menjatuhkan agama kita semua, ini golongan kurang pandai!. Respond kedua pula: Aku setuju dengan respond pertama, 2-2 ni sama sahaja menjatuhkan maruah agama aku dan kita! Dan lagi...(sambil berfikir), pada aku yang wajib tetap wajib! Tiada apa yang dapat menidakkan peraturan yang Allah berikan pada kita. Saya tersenyum dengan respond dua orang teman saya berkaitan isu ini. Nampaknya mereka turut sama sefikiran dengan saya. Mereka dan saya hanya biasa2, namun tanpa di duga ada luar biasanya dalam diri mereka.

Allah SWT berfirman :- “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59) Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam jubah untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan “Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik. PAKAIAN ITU PELINDUNG DIRI SEBENARNYA!

Seterusnya, semoga kita mampu menjadi anak yang solehah, menjadi insane yang cemerlang kepada agama, bangsa, dan Negara. Jadilah orang yang berilmu bila berkata-kata, jadilah orang yang memiliki pemikiran yang besar ketika berhujjah, jangan jadi seperti artis-artis yang bila mana di soal usul agama, hanya menggunakan rasional tanpa rujukan yang sahih. Mereka adalah golongan yang pemikirannya amat-amat singkat umpama singkatnya setiap masa pemikiran dan pertuturan mereka. Apapun bila mana bercita-cita untuk menjadi seseorang yang ingin dihormati, cuba balik semula kepada agama, cuba renungkan dan hujahkan dengan ayat2 Allah, cuba hujahkan dengan pemikiran kritikal dan intelektual, bukan dengan pemikiran yang teramat cetek dan lesu umpama lesunya jiwa artis! Saya tidak benci artis, namun saya sudah kearah proses untuk menapis golongan ini dalam hidup saya.

Akhir kata..Jadilah golongan yang berilmu dalam segala sudut kehidupan!!!

Al Baqarah : 269 Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Thursday, April 22, 2010

~~Mencari REDHA~~



Jika takut di pukul ombak..
Jangan berumah di tepi pantai..

Liku hidup ini mengikut aturan sang pencipta Allah SWT. Sejauh mana ia diaplikasikan dalam kehidupan dan sejauh mana ia dipraktikalkan dalam kekuatan mahupun kelemahan. Kisah duka dan suka yang dilalui adalah salah satu ujian Allah untuk setiap makhluk yang diciptkanNya.

Ujian Allah itu pelbagai bentuknya, mungkin ujian dalam kisah sedih atau mungkin juga ujian dalam kisah gembira. Teringat saat berdiskusi dengan seorang teman sekuliah, dalam kita mengecapi kejayaan demi kejayaan ini, jangan sesekali pandang ia sebagai kejayaan yang bersifat kekal, kerana segalanya milik Allah. Bila mana Allah mahu menguji dengan kejatuhan pula, jangan pelik bilamana ada antara kita akan terus tersungkur dan bersikap tidak redha dengan Ujian Allah. Ya, ramai manusia sentiasa bersifat gembira dengan kejayaan, tidak kira akademik, intelektual, kekayaan mahupun hiburan. Namun tanpa sedar Allah sebenarnya mahu menguji sejauh mana manusia mampu berfikir kenapa Dia memberikan hal2 tersebut kepada dirinya.

Bagaimana mahu bersikap redha?

Bersikap positive lah dalam setiap apa yang berlaku atas diri dan ikhlaslah dengan setiap ujian ke atas kita.

Yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar.

Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’

Kembalilah kepada Allah kerana sesungguhnya setiap ujian Allah itu adalah dengan tujuan ingin menguji sejauh mana kekuatan dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Yakinlah dengan ia.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut:2)

Wasiat Luqman Alhakim
‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’

Peringatan untuk diri dan sahabat2
1. Iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa..
2. Nikmat terbesar buat kita umat Islam ini ada 2 yakni Iman dan Islam
3. Rujukan kita umat Islam yang utama iaitu Al-Quran dan As-sunnah
4. Janganlah sesekali kita bersedih hati dengan ujian yang cuma sedikit ini, carilah utube dari seorang ustaz "mencari redha"..(syukran pada yang tag kan kepada saya d FB)
5. Sesungguhnya ujian Allah terhadap Rasulullah, isterinya dan keluarganya adalah amat besar dari apa yang kita pernah rasa hari ini. Carilah utube tu, nanti kamu tahu kisahnya.

Semoga kita sentiasa mencari apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan. moga hidup ini sentiasa di dalam pandangan Allah SWT. Allahuakhbar!

Wednesday, April 21, 2010

Hanya Allah ada jawapannya



Seorg lelaki dtg bertemu Rasulullah dan bertanya: "wahai Rasulullah, adakah aku perlu menambat untaku dan bertawakal? atau aku biarkannya dan bertawakal?"jawab baginda saw: "ikatkkan ia terlebih dahulu, kemudian bertawakallah."



Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

Diri ini hanya mampu berusaha seadanya..kerana keyakinan yang tinggi ku sandarkan soal jodoh ku, hanya ku letakkan pada pencipta ku Allah Yang Esa..Moga ada sinar untuk ku nanti bila tiba masanya..InsyaAllah..

Tuesday, April 20, 2010

Bakat diasah minda dijana..

Theme untuk satu pertandingan penulisan bagi salah sebuah University di luar negara:BAKAT DIASAH MINDA DIJANA..

Sukar sebenarnya saya nak merungkai maksud disebalik ayat ni. Tapi saya cuba rungkaikannya dengan bertanya dan berbicara bersama seorang teman akan hal ini.

Saya mulakan dengan dua rangkap pantun:

Siasah dunia semakin dinodai
Oleh kepimpinan yang sering diragui
Inilah bukti dunia reality
Kepimpinan Ulama' harus dimulai

Communication skills harus diajari
Sebagai asas bicara terungkap
Bila gabra datang melingkari
Alunan istigfar menjadi pelengkap

Apabila saya melihat tajuk tersebut sedari awal saya melihat bahawa ia amat2 mempunyai kaitan yang akrab dengan jiwa seorang pemimpin yang memiliki karisma tersendiri dalam kepimpinannya. "Bakat diasah minda dijana".

Tidak semua orang layak dan memiliki bakat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai karisma tersendiri. Ada yang mampu memimpin namun wujud kekhilafan dari sudut caranya, dari sudut bicaranya dan dari sudut kepimpinannya. Mungkin lebih mudah jika saya dapat berikan gambaran awal untuk tajuk ini. Cuba kalian andaikan seorang pengarah sesebuah organisasi bijak berkata2 namun sempit dari sudut pemikirannya. Beliau kelihatan ada bakat untuk memimpin namun dari satu sudut beliau gagal mengawal keadaan kerana bakatnya adalah semula jadi tanpa diasah mindanya untuk menjadi pemimpin yang memiliki karisma dan keunggulannya tersendiri. Kata orang hanya mengikut acuan yang sedia ada tanpa tambahan perencah.

Hasil diskusi saya semalam, teman minta saya meletakkan satu tanda aras untuk seseorang pemimpin. Di sini saya dapat melihat, bahawa tidak semua orang mampu memimpin dan tidak semua orang memiliki daya kepimpinan yang unggul. Pemimpin adalah insan yang mampu menjana pemikiran sehingga diluar kotak pelaksanaanya yang mana memiliki sifat penenang, sifat hikmah dan sifat positive dalam kepimpinannya untuk orang2 yang dipimpinnya. Sahabat saya memberi pandangannya semalam tentang situasi pemimpin " Seseorang tidak mampu kehadapan tanpa melalui setiap tangga pengalaman". Ertinya, saya simpulkan..setiap orang sering merasa mampu memimpin, namun sejauh mana ia sering digilap atau hanya berteraskan sikap kepimpinan yang sedia ada tanpa sedikit perencah jatuh bangun, gagal kecewa atau sentiasa merasa cukup dengan apa yang dia ada.

bersambung.......i not have any idea for this topic..maybe we can continue next week..

Monday, April 19, 2010

IMTIHAN ku..



Biar tidak jelas..pembaca CLICK je kat time table ni InsyaAllah CLEAR lah nanti..Time table ni menjadi background my desktop, item tag 4 FB and also post terbaik d dlm my blog.

Imtihan ku semakin hampir..Silalah ambil peluang untuk doakan saya menggapai kecemerlangan dalam imtihan akhir d UMSKAL ini.InsyaAllah..Apapun..GOOD LUCK n LUCKY STAR to all..

Gambatee..Chayork..JIAYOOOOoo..

If pembaca ada TIPS exam saya..tlg inform ye..walau mustahil..ok lah..PRAY 4 ME..Wassalam

Saturday, April 17, 2010

Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu juga pernah berkata bahawa, “Sesiapa yang mengatakan bahawa pergi berulang-alik mencari ilmu itu bukan sebahagian dari jihad, maka sesungguhnya akal dan fikirannya telah lemah.” (Diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abdil Barr)

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Sungguh aku mengetahui (menguasai) satu bab dari sesuatu ilmu itu sama ada berkenaan perintah atau pun larangan, ia adalah lebih aku sukai berbanding dengan 70 kali pertempuran di medan jihad.” (al-Ilmu, Ibnul Qayyim)

Menuntut ilmu ini luas ertinya. Sama ada ilmu dunia atau akhirat. Sekalian apapun yg dipelajari dan d peroleh d dunia ini, pasti untuk bekalan akhirat. Indahnya Islam..

Semoga masa2 yang ada sebelum exam ini di manfaatkan sebaiknya oleh mahasiswa/i dan c kaki2 study. Moga segala apa yang dilakukan dan di usahakan adalah ikhlas semata2 kerana Allah SWT. Saat merasa down atau malas, try untuk dapatkan nasihat terbaik dari kawan2 dan yang terbaik adalah dekatkan diri kepada Allah SWT..

Moga kita beroleh kejayaan di dunia untuk keberkatan di akhirat..Jadilah yang luar biasa di sebalik biasa2nya kita.wassalam

Untuk Teman2 Sekuliah dan Semua yang Bakal dan telah menduduki Imtihan




~~Haruskah~~

Hubungan antara 2 hati bukan mudah untuk d bina. Malah sesi perkenalan juga tidak d jangka cara dan kaedahnya.Kita sebagai umat Muhammad kekadang hanya mampu merencana namun yang menetapkan segalanya adalah Allah jua. Terfikir aku coretan indah puitis kata2 dari teman2 ku soal hati yakni soal dua hati. Di pelusuk minda berbicara mampukah aku memiliki apa yg di cari dan diperlukan dlm hidup ini sebelum bercerita soal 2 hati. Tamatnya exam untuk kali ini, beerti umurku dan semua pelajar tahun akhir semakin pendek. Bukan mati, namun ke arah menghadap ilahi, sejauh mana amalan di saat usia semakin pendek ini, sejauh mana pengamatan hati terhadap Al-Khaliq.Allah..Rona2 kehidupan masa kini dan akan datang masih tidak jelas.

Berbalik kepada bicara hati tadi, jiwa terfikir adakah pasangan hidup ku untuk akan datang. Kata seorang adik kepada ku "Akak dah tua, kene lah fikir dan cari",huh..tak terkata aku, bukan apa, namun dlm jadual hidup ku memang tidak pernah muncul agenda nikah kahwin. Bukan tandanya menolak, namun tidak mahu terlalu merancang untuk sesuatu yang tdak pasti itu. Teringat penulisan buku "NOTA HATI SEORANG LELAKI" chapter 12 berkaitan "Seronok kahwin bukan untuk berseronok seronok". Beerti nikah kahwin ni bukan suatu yang sambil lewa dan ia adalah penuh isian tanggungjawab dan amanah Allah untuk memimpin keluarga. Oleh kerana ini, jiwa merasa ketersediaan belum wujud untuk tujuan itu. Allah..

Life is journey not a destiny!!! Ini adalah satu ayat yang saya letakkan d YM saya dan di Laman FB saya baru2 ini. Hidup ini merupakan suatu perjalanan dan bukannya takdir. Kita seharusnya berusaha yang terbaik untuk kehidupan sepanjang masa/ hayat bernafasnya kita, dan bukannya hanya bergantung pada takdir Allah tanpa usaha. Allah tidak memandang kejayaan seseorang tapi sejauh mana usahanya dia terhadap kehidupan atau kemahuannya itu. Ia ada kaitan dengan soal hati tadi, saya terlihat kesilapan yang teramat sangat di dalam diri saya, mana mungkin Allah mahu menakdirkan sesuatu buat saya jika saya tidak berusaha untuk itu. Allah..Ehem.:-(

Mencari sesuatu yang luar biasa di sebalik biasa2nya seseorang. Ya ini yang saya pikirkan dan perlukan mungkin. Saya melihat setiap insan yang bercinta suka mencari yang perfect, penyayang misalnya, comel, hensome, cute, lemah lembut, tutup aurat, jaga solat dan sebagainya. Ia adalah ciri2 asas yang saya rasakan semua orang mahu. Namun saya teringat satu pembacaan blog seorang ustaz jangan cari apa yang kamu mahu namun carilah apa yang kamu perlukan. Saya tidak meletakkan sasaran ciri2 untuk seseorang yang bakal menjadi teman hidup saya, sebab saya tidak pernah terfikir soal itu sehinggalah saya cuba di kenenkan dgn dua org insan di luar pengetahuan saya. Ehem..cukuplah jika saya katakan saya serahkannya pada Allah..Usaha saya doa dahulu setakat ini. Soal hati ni pada saya bahaya jika tidak pintar menjaganya. Apapun saya suka yang luar biasa di sebalik biasa2nya seseorang..Allah moga ia ada untuk saya..Allah.. ;-)

Kata akhir dari saya..carilah apa yang kamu perlukan dan bukan apa yang kamu mahukan..Iman dan Islam itu yang kita perlukan, usaha itu yang kita perlukan, doa itu yang kita perlu lakukan..moga Allah memimpin hati2 kita..Good luck to all my friends 4 exam..May Allah bless we all.We as a trustee and khalifah in this world..So usaha dan iringi dgn doa, istiqamah,ikhlas dan tawakkal kpda Allah SWT..

Jiayoo n Charyork..Pray 4 me ya..wassalam..ada masa kita ketemu lagi di laman penulisan ini. moga2..amin..

Saturday, April 3, 2010

Mampukah aku jadi sepertinya?Allahuakhbar!








Aku pula d mana?seorang yg lumpuh di serang dgn 3 apacha...jika aku hanya terkena sepirhan bom yg kecil, seluruh diriku hancur mungkin, namun buat syeikh ahmed yassin, biar dihunus dengan 3 apacha wajahnya yg bersih masih dilindung Allah dengan senyumannya yang manis...

Ke mana2 hanya di sorong dengan kerusi roda. Hidupnya banyak d rumah2 Allah, perjuangannya hanya untuk Islam agama Allah, Sejak kecil tarbiyyahnya amat tinggi, gerun bila mendengar kisahnya. Namun, bersemngat ingin menjadi sepertinya. Matinya juga di hadapan rumah Allah, sebaik beliau keluar dari rumah Allah, 3 biji apacha telah menunggunya d luar dengan kekuatan masing2. Langkahnya bersama anaknya yg menyorongnya ketika itu diteruskan walau beliau tahu nyawanya terancam. Cacat bukan penghalang untuknya terus berjuang, suaranya di dengar di pelusok dunia, sebaik mendengar ucapan2 perjuangannya maka bertebaranlah pejuang Islam mengambil posisi masing2,dan inilah yang membuatkan Yahudi dan zionis gentar. Orang lumpuh terus di kejar untuk dibunuh. Allahuakhbar...

moga diri mampu menjadi spertinya dan moga lebih ramai pejuang Islam lahir d zaman ilmu ini...syahid cita2 terbesar ku...Allahuakhbar!!!

Tuesday, March 30, 2010

Moga Hati ini terus Tabah

Didikan lalu sedikit sebanyak mengajar ku untuk menjadi sorang yg terus tabah dalam mengharungi kehidupan di hari-hari muka dan lebih mencabar ini. Kekadang hati berfikir minda pula mengira apakah akan terjadi untuk esok hari? Atas diriku, keluarga ku dan seluruh manusia di muka bumi ini?

Hari ini kondisi kesihatan amat meragukan diriku sendiri di tambah pula dengan panggilan dari mak yang sedikit mengganggu pikiran ku sebagai seorang anak kepadanya. Inilah salah satu tanggungjawab ku di dunia fana ini, menjadi pendengar dan pemikir setia buat ibu ku. Jika dia lemah aku harus kuat dan jika aku degil pasti mak yang ada ubatnya. Ini kelihatan pasti.

Cerita hari ini yang ingin ku kongsikan kepada semua adalah berkaitan kasih ibu;

Pasti semua tahu tanpa ibu dan ayah, maka kita takkan ada di dunia ini. Kasih ibu membawa ke syurga. Inilah bait kata-kata yang selalu saya sebagai anak praktikkan buat saat ini. Untuk anak lelaki inilah kata-kata sesuai bagi kalian, manakala untuk anak perempuan, kasih suami membawa ke syurga (setelah saya dan kamu muslimat berumahtangga nanti).

Tapi bila saya melihat dunia hari ini, keadaan semakin kacau bilau. Saya sedih kerana anak yg dibesarkan oleh ibu dengan keadaan susah payah, mencalarkan arang di muka keluarganya sendiri. Kenapa harus ada anak yg begini? Saya melihat kasih ibu kpd anaknya amat tinggi semasa menjaga dan membelainya dari lahir hingga dewasa. Namun, hari ini saya tersentak dengan cerita buruk si anak. Betul kata orang muka yg kelihatan mulia itu, tidak mulia sepenuhnya. Don't judge a book by d cover. Untuk peringatan diri sendiri.

Hai anak, ingatlah dan tolonglah, tolonglah jangan sekali-kali sakiti hati orang tua dan keluarga kita. Belajarlah dari pengalaman lalu, kenapa harus mengulangi kesilapan lalu lagi? Tidak kah kau kasihan hai anak pada ibu mu? Tidak kah kau kasihan anak pada tulang 4 kerat yang mereka korbankan buat kita. Dan tidakkah kau sedar betapa sakitnya saat mereka melahirkan kita? Tidakkah kau sedar saat itu mereka bertarung dengan Maut!!!? Namun, hari ini apa yang kau beri untuk buat mereka tersenyum ceria dengan senyuman Ikhlas. Ramai antara kita lupa tenang PENGORBANAN mereka, kita hanya mahu gembira. Inilah yang kita tahu. Inilah yang kita mahu. Namun, untuk mak, apa yang kita buat. Saya sendiri tertanya2 apa yang harus saya lakukan untuk mak saya. Saya harus cari formula yang benar2 utuh untuk melihat senyumannya yang panjang tanpa sedikit pun kesedihan lagi. Moga hati ini terus belajar dari reality kehidupan dan university kehidupan. Moga diri ini sentiasa dalam pandangan Allah...

P/S: Teman-teman ayuh kita menceriakan dan mengembirakan hati ibu,ayah, dan keluarga bermula saat ini. Formulanya dah ada tinggal follow sahaja lagi yakni Al-Quran dan Sunnah. Moga kita terus mendamba kasih Yang Esa...Ya Rabb...

Saturday, March 27, 2010

Semoga Diri lebih baik dari hari semalam

Teringat sebenarnya bicara maya saya bersama seorang teman yg jauh d tanah arab. Beliau memberi saya beberapa link blog untuk pengetahuan diri dan bekalan masa depan mungkin. Syukran kepadanya.

Hampir setiap hari saya akan memantau blog tersebut untuk mengintai2 jika terdapat posting baru dari pemiliknya. Namun hampa sedikit, mungkin kerna penulisnya busy dengan exam di Mansurah sana.

Selama ini saya sering mengatakan tak sempat, tiada masa, tak berminat dan macam2 alasan. Sedangkan saya teringat pesanan seseorang satu saat dahulu, "Orang yang tiada cukup masa, adalah org yg suka membazir masanya". Cukup terkesan bila saya menelitynya semula. Saya mahu berusaha jadi yg lebih baik untuk hidup saya hari ini. Ini yang cuba saya lakukan mulai saat ini.

Sedikit perbincangan bersama seorang teman tentang bahtera kehidupan diri saya. Selama di kampus boleh dikatakan tidak pernah saya ke dapur untuk memasak makanan untuk diri saya sendiri kecuali maggi. Semuanya diperoleh secara segera di cafe kampus saya. Alasan saya sendiri, tidak sempat nak masak. Hurm...teruk! Budaya manja terlalu diterapkan dalam diri. Sejak kecil mak yang sediakan jika hal2 makanan. Diri pun leka dan malas. Allah...

Tanggungjawab seorang muslimah/wanita;
1. Menjadikan rumah tangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara' dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5. Memerangi perkara-perkara bid'ah, khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang mengusai wanita masa kini.

antara tanggungjawab seorang perempuan merangkap isteri, anak, dan daie...mungkin penulisan "NOTA HATI SEORANG PEREMPUAN" harus dikeluarkan.

p/s: moga diri ini sentiasa dalam keadaan sedar dan berfikir tentang tanggungjawab untuk diri, keluarga dan yg terbesar agama. Moga diri ini sentiasa dalam lembayung dan pandangan Islam. Insya Allah saya sendiri akan cuba perbaiki diri. Moga2 langkah awal mampu diterap dalam diri. Allahuakhbar. Saya harus lbh hargai diri dan hidup ini.

wassalam

Muhasabah diri

Awal pagi selepas subuh rutin biasa sejak 2 ke 3 hari ini adalah menyelak akhbar2 tempatan sama ada mengenai isu sosial, politik, ekonomi ataupun hiburan. Namun fokus saya hanya pada isu2 yg menyentuh sensitivity diri sendiri dan umum khususnya.

Dilihat isu sosial yg paling tinggi masa kini adalah isu buang anak, pukul ibu bapa, buang ibu bapa, dan mati dalam kemaksiatan. Allah... Inilah isu2 hangat yg kini semakin tersiar indah di bumi Malaysia yg mengaku sebagai sebuah negara Islam. Namun dari segenap sudut amat celaru dan mengelirukan.

Sehari lalu, di NSTP newspaper mengenai sukan untuk dijadikan sebahagian pendapatan buat negara. Tidak silap saya, mengenai sukan bola yg bakal berlangsung di luar negara. Berjaya group memohon lesen dari kerajaan Malaysia untuk menceburi diri dalam sebahagian sukan perjudian itu. Jika tidak silap ada sumber yg mengatakan PM akan mempertimbangkan permohonan syarikat terbabit kerana apabila dikira2 ia dapat menjana pendapatan negara dengan lebih baik, namun harus sedar ia adalah suatu aktiviti haram kerana wujud unsur perjudian. Sama seperti sebahagian aktivity SPORT TOTO atau lebih dikenali sebagai NO.EKOR!!!

Untuk politikus negara pula, saya amat tertarik dengan harakah daily dengan wacananya berkisar Tuan Guru menyokong Tuan Hadi berkisar Khalimah Allah digantikan ke dalam rukun negara agar umat manusia tidak lagi keliru dan lebih jelas dengan "Tuhan" yg dimaksudkan dalam rukun pertama negara ini. Kerana keliru dan celaru, porak perandalah negara dan kerana pemimpin yg keliru+celaru=Haru biru semua.

Bukan ingin memburukkan atau meyokong mana-mana pihak, namun secara peribadi saya melihat kesedaran manusia semakin pudar tentang isu2 sensitivity diri, agama mahupun masyarakat. Semua hanya mahu berserah, bersabar dan persoalannya sampai bila? Berserah tanpa usaha itu adalah suatu yg sia2 untuk kehidupan. Jika saya diberi 2 pilihan sama ada untuk terus berserah tanpa usaha @ usaha baru berserah, saya akan memilah yg ketiga yakni doa usaha ikhlas tawakkal...Ini principe hidup saya secara peribadinya.

P/s: Untuk diri sendiri khususnya, jangan terus leka dalam memacu kehidupan dunia untuk menuju ke akhirat. Moga kita terus sedar dan bertindak dan bukannya hanya menanti!!!

Wassalam