Friday, May 7, 2010

~Saat Terakhir di Bumi Labuan~

Dalam diam tak diam, akhirnya InsyaAllah tamatlah pengajianku dan gelaran mahasiswi yang ku pegang selama 3 tahun d bumi Labuan Ini secara tidak rasmi. Pelbagai perasaan bercampur baur bila tiba saat ini.Setiap pertemuan itu pasti terjadinya perpisahan. Sama ada ia permulaan atau terakhir hanya Allah ada jawapannya. Terima kasih pada sahabat2, lecturer2 ku yg amat d hormati, dan kawan2 semua. Untuk keluarga tercinta, nantikan kepulangan ku pada 9/5/10 ini. InsyaAllah akan mendarat d KLIA tepat jam 10.15 a.m. InsyaAllah mengikut perancangan angah, kami akan terus pulang ke Perak jika tiada aral melintang. Nantikan kepulangan ayung ye mak. Lepas ni fasa ke 8 akan ayung terjah pula. Moga ada sinar untuk kita nanti.

Apapun di Labuan ini, ia kenangan manis buat ku, kenangan yang amat sukar untuk ku lupakan, mungkin Labuan juga adalah destinasi ku untuk Fasa ke 8 nanti atau mana2 negeri yang selayaknya untuk aku terjah. Moga ada petunjuk dari Allah buat si kerdil ini.

Terima kasih untuk semua..moga akan ada masa yang sesuai untuk kita berjumpa di bumi yang menyatukan dan memperkenalkan kita tentang erti berdikari sebenar. Wassalam

Sunday, April 25, 2010

Khas Untuk peringatan kita sebagai anak


Ibu Kata Saya ni Amanah dari Allah untuk beliau

Tepat jam 4.00 a.m saya mula mengupdate blog kesayangan saya kembali. Semakin dekat dengan exam akhir semakin rancak saya menokok tambah isi dalam blog yang tidak seberapa ini. Sambil menelaah, sambil update blog. Jika sebelum ini tumpuan saya hanya pada FB sahaja, tapi kini saya beralih arah kembali ke Blog kesayangan saya. Alhamdulillah dapat 2 bab saya refress kembali untuk subjek institusi. InsyaAllah akan berkongsi bersama teman2 study group saya pagi nanti lebih kurang jam 11 pagi. Moga segalanya dipermudahkan Allah SWT.

Hati sedikit sayu sebenarnya bila mendengar lagu tema di blog saya ini. Banyak pengorbanan ibu buat diri saya sejak lahir sehingga kini. Sejak dari saya menangis keluar dari rahimnya sehingga saya mahu tamatkan pengajian saya di UMSKAL dalam tiket Ijazah Sarjana Muda Islamic Finance. Inilah reality, tanpa sedar semuanya berlaku sepantas kilat dan tanpa sedar saya sering mengabaikan nasihat2 ibu. Saya bukan insan yang sempurna, namun saya mahu ke arah kesempurnaan dari sudut sahsiah, tarbiyyah dan siasah diri. Moga ibu meredhai perjuangan ilmu saya di sini.

Sejujurnya, bagi saya percaturan Allah pada diri saya amat cantik. Fasa demi fasa dilalui dan ia mendidik saya menjadi seorang yang tabah dalam kehidupan. Jika dahulu semasa kecil, mungkin terlalu nakal, namun kini banyak berfikir ke arah kebaikan. Cukup cantik percaturan Allah untuk diri ini. Jika dahulu mungkin ada sahaja persoalan tentang sesuatu yang membuatkan ibu tak tidur malam, namun kini mungkin ibu lega sedikit.

Ya Allah, Kau rahmatilah ibuku.

Andai masa mampu berulang, tidak mahu rasanya saya memberi tangisan air mata kesedihan buat ibu, namun saya mahu mengulangi air mata gembira untuk ibu. Namun, inilah fasa kehidupan. Pengalaman itu amat manis jika kita belajar darinya. Syurga ku dibawah tapak kaki ibu kini, masa depan aku tidak pasti..Moga percaturan Allah itu sebaik2 percaturan untuk hidupku lebih mengenal erti Nyawa.

Doa untuk ibuku dan ibu-ibu lain;

Ya Allah,
Di pagi yang hening ini aku serahkan segala urusanku kepada Mu,
Ku mengharap ada sinar untuk hari ini dan seterusnya,
Jangan jadikan aku umat yang lupa akan seluruh nikmat Mu,

Ya Allah
saat tangan ini menadah memohon kepada Mu,
Ampunilah dosa ibu ku,
Dosa ku yang mungkin secara sengaja atau tidak membuat ibu berkecil hati,

Ya Ghaffar, Ya Rahim,
Engkau telah meletakkan aku di dalam rahim ibuku,
Engkau hangatkan sentuhan ibu untuk mendidik ku,
Engkau besarkan badan ku dengan aliran susuan ibu,

Ya Allah Ya Jabbar Ya Ghaffar,
anugerahkan kepada ibuku taufik dan hidayah Mu,
Limpahkanlah ibuku perlindungan Mu agar ibu mampu melindungi ku dengan keadilan Mu,
Jauhi ibuku dari kemunafikan, kufur nikmat mahupun kezaliman dunia,

Ya Rabb,
Aku memohon agar masih ada ruang untuk ku medakap tubuh layu ibu dengan penuh kasih sayang,
Berilah kesempatan untuk aku terus memanjatkan doa dari Mu untuk ibu,
Bangunkanlah aku ditengah malam untuk mencari ruang bersama Mu,
Dan untuk menyampaikan doa ku untuk kesejahteraan ibu daripada Mu,
Izinkan ku membasahi tempat sujudku dengan air mata taubat akan khilaf dan alfa ku kepada Mu dan Ibu,

Ya Rahman Ya Rahim,
Sinarkanlah kehidupan ibu dengan lembayung rahmat Mu,
Peliharalah ibuku dari dosa dunia,
Jagalah ibu untuk ku,
Satukan ibu ku bersama orang-orang yang bertaqwa kepada Mu,
Yang sentiasa mencintai agama Mu,
Yang sentiasa dahagakan ayat-ayat al-quran Mu,
Yang sentiasa dahagakan alunan zikir memuji Mu,

Ya Allah,
Kau perkenankanlah doa ku ini,
Moga aku mampu menjadi anak solehah untuk ibu..

Amien..

Kenangan Bersama

Semalam usrah akhir "Wida'" telah berlangsung di tempat yang telah menyatukan saya dan sahabat2 seperjuangan saya di UMSKAL ini. Rasa sedikit terubat akan kerinduan ingin bersama mereka lagi. InsyaAllah malam ini lepas maghrib (Isnin, 7.00 p.m) akan diadakan pula sedikit makan2 bersama muslimin dan muslimat di Baitul Raudah.

Pengisian usrah semalam bermula dengan alunan tasmit ayat as-saff yakni ayat asas bagi para pejuang agama Allah. Itulah ayat yang agak sedikit panjang saya belajar menghafaznya semasa mula2 menjadi ahli BADAR. Alhamdulillah semoga ia menjadi penguat saya dan teman-teman untuk ke medan yang tidak sabar saya mahu terjahkan diri yang serba kekurangan ini. Surah as-saff ini adalah pembuka saya terlibat dalam BADAR dan penutup saya saat bersama sahabat2 saya. Di masjid UMSKAL inilah kami dipertemukan dan di sana juga kami akhiri pertemuan seketika.

Setelah itu, isi utama pertemuan dibuka oleh saudari hasni yakni pengerusi majlis bagi usrah semalam yang juga teman rapat saya suatu ketika dahulu. Isunya perancangan masa depan, yang mana kami diminta mengulas perancangan dalam jangka masa 5 tahun ini. Bermula dengan adikku Qatrunnada, diikuti dengan kok su, kak long, hasni, azi, aku sendiri, syikin, nadia, mahira dan berakhir dengan adikku dayang. Banyak perancangan yang diutarakan namun saya akui bagi perancangan diri saya ianya tidaklah sejelas yang saya lakarkan dengan mata pena saya. Hurm..

Isu paling hot yang kami bincangkan adalah berkaitan baitul muslim. Ramailah antara kami teruja dengan isu tersebut, namun bila difikirkan sejauhnya saya merasa tidak jelas tentang itu untuk kehidupan saya. Yang saya sebutkan pertama berkaitan gerakan dakwah dan islah di luar setelah pulang ke kampung halaman dalam masa praktikum dan selepasnya (kak maziah insan yang akan saya cari selepas ini, inilah aset gerakan saya d Perak), setelahnya bekerja dan ke makkah bersama ibu antara usia 26-27 tahun. Untuk satu perkara hot tersebut tiada dlm perancangan, saya serahkan pada Yang Berhak. Namun saya akui memang diri ini lemah, kadang-kadang bila dah tersungkur, tidak pintar untuk bangun semula. Moga setelah ini saya mampu bangun untuk Islam dan belajar dari peristiwa pahit lalu. Manisnya bila berada dalam kalangan kita, itu yang terdetik di hati saat bertemu untuk kali terakhir dengan rakan-rakan muslimat semalam. Apapun moga ukhwah kita tiada penghujungnya. Pada yang dah ada calon jangan lupa jemput sebulan awal, saya akan spare kan wang untuk flight nanti.

Hari ni BBQ dan sedikit pengisian campuran 2 sayap yakni muslimin dan muslimat. Moga ukhwah yang terjalin ini akan kekal abadi dlm jiwa. Manisnya bila bersatu dlm saff yang sama dan berjuang dlm tujuan yg sama.

Syukran semua dan salam Perjuangan untuk kalian.!!!

Friday, April 23, 2010

Bilamana artis diagungkan dan Ulama’ diketepikan!!!



Malaysia dan hiburan umpama isi dengan kuku. Jika perkara ini berlaku di Barat mungkin ia tampak biasa. Namun, Malaysia bumi yang mengaku NEGARA ISLAM turut tercemar dengan agenda dan fahaman yang sama. Siapa yang harus dipersalahkan apabila dulu kini dan selamanya artis mula di sanjung dan ulama’ mula disingkirkan. Jika di Indonesia, politik negaranya membenarkan artis terlibat dalam pilihanraya Negara tersebut dengan kriteria2 yang tertentu, namun jika di Malaysia situasinya amat2 berbeza! Apatah tidak, yang di seru menjadi ahli politik di Malaysia pula adalah yang bermasalah dan mempunyai masalah yang luar biasa. Jika di Indonesia criteria untuk menjadi seorang pemimpin antaranya adalah bersih dari segala jenis anasir jahat dan berilmu, namun jika di Malaysia???*Tanyalah pada minda!

Baru-baru ini, kerap kedengaran artis meninggal dunia. Jika di lihat di laman-laman social para remaja dan pihak yang fanatic dengan dunia hiburan tanah air tidak sampai 5 minit telah menyebarkan berita2 tersebut sama ada di dada2 akhbar, di laman2 sosial dan sebagainya. Namun, bilamana pemimpin Islam yang meninggal dengan kata lain insane yang digelar ULAMA’ pulang ke Rahmatullah, adakah ia akan tersebar luas seperti tersebar luasnya pemergian seorang artis???Di mana arah Malaysia sebenarnya. Inilah masalah bilamana artis di angkat dan ulama’ disingkirkan! Tanpa sedar kita telah kecundang dengan misi dan visi besar kita sendiri. “KAMI NEGARA ISLAM, RUKUN NEGARA PERTAMA KAMI IALAH PERCAYA KEPADA TUHAN, KAMI TAK AMALKAN RASUAH, KAMI TAK MINUM ARAK, KAMI bla bla bla….” namun cuba kita pikir di mana kekuatan kata2 yang sering dilaungkan oleh pemimpin2 kita ini???Ayuh kita pikirkan dan perhalusi setiap bait kata2 mereka.

Apakah bezanya pula antara golongan yang memakai tudung dan golongan yang tidak memakai tudung dan dalam masa yang sama melakukan maksiat, melakukan zina, melakukan dosa buang anak dan melakukan segala perkara yang ditegah Islam? Pada saya dan beberapa sahabat diskusi untuk study group, kedua-dua golongan ini tiada bezanya. Isu ini saya sendiri bangkitkan bersama ahli study saya, sebelum memulakan langkah awal untuk struggle.

Suka saya berkongsi sedikit ilmu dengan mereka dari pembacaan saya. Bila mana saya bertanya pada mereka, *ada beza tak ye org pakai tudung dengan org tak pakai tudung dan dalam masa yang sama 2-2 ni lakukan zina?* Respond pertama : pada aku tak de beza sebab mereka 2-2 menjatuhkan maruah Islam dan yang penting menjatuhkan agama kita semua, ini golongan kurang pandai!. Respond kedua pula: Aku setuju dengan respond pertama, 2-2 ni sama sahaja menjatuhkan maruah agama aku dan kita! Dan lagi...(sambil berfikir), pada aku yang wajib tetap wajib! Tiada apa yang dapat menidakkan peraturan yang Allah berikan pada kita. Saya tersenyum dengan respond dua orang teman saya berkaitan isu ini. Nampaknya mereka turut sama sefikiran dengan saya. Mereka dan saya hanya biasa2, namun tanpa di duga ada luar biasanya dalam diri mereka.

Allah SWT berfirman :- “Hai Nabi! Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu’min semua hendaklah mereka melabuhkan jilbab-jilbab mereka atas (muka-muka) mereka. Yang demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam) supaya mereka tidak diganggu.” (al-Ahzab: 59) Jilbab, iaitu pakaian yang lebarnya semacam jubah untuk dipakai oleh kaum wanita bagi menutupi tubuh badannya. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi menerangkan “Sebahagian perempuan Jahiliah apabila keluar rumah, mereka suka menampakkan sebahagian kecantikannya, misalnya dada, leher dan rambut, sehingga mereka ini diganggu oleh laki-laki fasik (jahat) dan yang suka berzina, kemudian turunlah ayat di atas yang memerintahkan kepada orang-orang perempuan Islam untuk melabuhkan jilbabnya itu sehingga semua bahagian-bahagian tubuhnya yang boleh membawa fitnah itu tidak kelihatan. Dengan demikian secara zahirnya pula mereka itu akan dikenali sebagai wanita yang terpelihara (‘afifah) serta tidak mudah diganggu oleh orang-orang yang suka kejahatan atau orang-orang munafik. PAKAIAN ITU PELINDUNG DIRI SEBENARNYA!

Seterusnya, semoga kita mampu menjadi anak yang solehah, menjadi insane yang cemerlang kepada agama, bangsa, dan Negara. Jadilah orang yang berilmu bila berkata-kata, jadilah orang yang memiliki pemikiran yang besar ketika berhujjah, jangan jadi seperti artis-artis yang bila mana di soal usul agama, hanya menggunakan rasional tanpa rujukan yang sahih. Mereka adalah golongan yang pemikirannya amat-amat singkat umpama singkatnya setiap masa pemikiran dan pertuturan mereka. Apapun bila mana bercita-cita untuk menjadi seseorang yang ingin dihormati, cuba balik semula kepada agama, cuba renungkan dan hujahkan dengan ayat2 Allah, cuba hujahkan dengan pemikiran kritikal dan intelektual, bukan dengan pemikiran yang teramat cetek dan lesu umpama lesunya jiwa artis! Saya tidak benci artis, namun saya sudah kearah proses untuk menapis golongan ini dalam hidup saya.

Akhir kata..Jadilah golongan yang berilmu dalam segala sudut kehidupan!!!

Al Baqarah : 269 Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.

Thursday, April 22, 2010

~~Mencari REDHA~~



Jika takut di pukul ombak..
Jangan berumah di tepi pantai..

Liku hidup ini mengikut aturan sang pencipta Allah SWT. Sejauh mana ia diaplikasikan dalam kehidupan dan sejauh mana ia dipraktikalkan dalam kekuatan mahupun kelemahan. Kisah duka dan suka yang dilalui adalah salah satu ujian Allah untuk setiap makhluk yang diciptkanNya.

Ujian Allah itu pelbagai bentuknya, mungkin ujian dalam kisah sedih atau mungkin juga ujian dalam kisah gembira. Teringat saat berdiskusi dengan seorang teman sekuliah, dalam kita mengecapi kejayaan demi kejayaan ini, jangan sesekali pandang ia sebagai kejayaan yang bersifat kekal, kerana segalanya milik Allah. Bila mana Allah mahu menguji dengan kejatuhan pula, jangan pelik bilamana ada antara kita akan terus tersungkur dan bersikap tidak redha dengan Ujian Allah. Ya, ramai manusia sentiasa bersifat gembira dengan kejayaan, tidak kira akademik, intelektual, kekayaan mahupun hiburan. Namun tanpa sedar Allah sebenarnya mahu menguji sejauh mana manusia mampu berfikir kenapa Dia memberikan hal2 tersebut kepada dirinya.

Bagaimana mahu bersikap redha?

Bersikap positive lah dalam setiap apa yang berlaku atas diri dan ikhlaslah dengan setiap ujian ke atas kita.

Yakinlah bahawa apa yang diambil Allah, lalu kita bersabar, maka tidaklah Allah memberikan ganti melainkan apa yang diberi ganti itu lebih baik daripada apa yang diambil. Di sinilah perlunya sabar.

Berkata Umar Abdul Aziz ‘Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang dijadikan ganti itu lebih baik daripada apa yang diambilnya.’

Kembalilah kepada Allah kerana sesungguhnya setiap ujian Allah itu adalah dengan tujuan ingin menguji sejauh mana kekuatan dan keyakinan kita kepada Allah SWT. Yakinlah dengan ia.

Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata ‘kami beriman’ sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu ujian) ‘– (Surah al-Ankabuut:2)

Wasiat Luqman Alhakim
‘Dan selalulah berharap kepada Allah tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai Allah. Takutlah kepada Allah dengan sebenar-benar takut (taqwa), tentu engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat Allah’

Peringatan untuk diri dan sahabat2
1. Iman tak dapat diwarisi..dari seorang ayah yang bertaqwa..
2. Nikmat terbesar buat kita umat Islam ini ada 2 yakni Iman dan Islam
3. Rujukan kita umat Islam yang utama iaitu Al-Quran dan As-sunnah
4. Janganlah sesekali kita bersedih hati dengan ujian yang cuma sedikit ini, carilah utube dari seorang ustaz "mencari redha"..(syukran pada yang tag kan kepada saya d FB)
5. Sesungguhnya ujian Allah terhadap Rasulullah, isterinya dan keluarganya adalah amat besar dari apa yang kita pernah rasa hari ini. Carilah utube tu, nanti kamu tahu kisahnya.

Semoga kita sentiasa mencari apa yang kita perlukan dan bukan apa yang kita mahukan. moga hidup ini sentiasa di dalam pandangan Allah SWT. Allahuakhbar!

Wednesday, April 21, 2010

Hanya Allah ada jawapannya



Seorg lelaki dtg bertemu Rasulullah dan bertanya: "wahai Rasulullah, adakah aku perlu menambat untaku dan bertawakal? atau aku biarkannya dan bertawakal?"jawab baginda saw: "ikatkkan ia terlebih dahulu, kemudian bertawakallah."



Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya:
Hai orang-orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) itu dapat mengawal mata dan kemaluan. Barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.

Diri ini hanya mampu berusaha seadanya..kerana keyakinan yang tinggi ku sandarkan soal jodoh ku, hanya ku letakkan pada pencipta ku Allah Yang Esa..Moga ada sinar untuk ku nanti bila tiba masanya..InsyaAllah..

Tuesday, April 20, 2010

Bakat diasah minda dijana..

Theme untuk satu pertandingan penulisan bagi salah sebuah University di luar negara:BAKAT DIASAH MINDA DIJANA..

Sukar sebenarnya saya nak merungkai maksud disebalik ayat ni. Tapi saya cuba rungkaikannya dengan bertanya dan berbicara bersama seorang teman akan hal ini.

Saya mulakan dengan dua rangkap pantun:

Siasah dunia semakin dinodai
Oleh kepimpinan yang sering diragui
Inilah bukti dunia reality
Kepimpinan Ulama' harus dimulai

Communication skills harus diajari
Sebagai asas bicara terungkap
Bila gabra datang melingkari
Alunan istigfar menjadi pelengkap

Apabila saya melihat tajuk tersebut sedari awal saya melihat bahawa ia amat2 mempunyai kaitan yang akrab dengan jiwa seorang pemimpin yang memiliki karisma tersendiri dalam kepimpinannya. "Bakat diasah minda dijana".

Tidak semua orang layak dan memiliki bakat sebagai seorang pemimpin yang mempunyai karisma tersendiri. Ada yang mampu memimpin namun wujud kekhilafan dari sudut caranya, dari sudut bicaranya dan dari sudut kepimpinannya. Mungkin lebih mudah jika saya dapat berikan gambaran awal untuk tajuk ini. Cuba kalian andaikan seorang pengarah sesebuah organisasi bijak berkata2 namun sempit dari sudut pemikirannya. Beliau kelihatan ada bakat untuk memimpin namun dari satu sudut beliau gagal mengawal keadaan kerana bakatnya adalah semula jadi tanpa diasah mindanya untuk menjadi pemimpin yang memiliki karisma dan keunggulannya tersendiri. Kata orang hanya mengikut acuan yang sedia ada tanpa tambahan perencah.

Hasil diskusi saya semalam, teman minta saya meletakkan satu tanda aras untuk seseorang pemimpin. Di sini saya dapat melihat, bahawa tidak semua orang mampu memimpin dan tidak semua orang memiliki daya kepimpinan yang unggul. Pemimpin adalah insan yang mampu menjana pemikiran sehingga diluar kotak pelaksanaanya yang mana memiliki sifat penenang, sifat hikmah dan sifat positive dalam kepimpinannya untuk orang2 yang dipimpinnya. Sahabat saya memberi pandangannya semalam tentang situasi pemimpin " Seseorang tidak mampu kehadapan tanpa melalui setiap tangga pengalaman". Ertinya, saya simpulkan..setiap orang sering merasa mampu memimpin, namun sejauh mana ia sering digilap atau hanya berteraskan sikap kepimpinan yang sedia ada tanpa sedikit perencah jatuh bangun, gagal kecewa atau sentiasa merasa cukup dengan apa yang dia ada.

bersambung.......i not have any idea for this topic..maybe we can continue next week..