Wednesday, February 24, 2010

Sekolah Kesayangan Ku...I love my School...


Lencana ku dahulu

My school

Love my school

Miss my school n my sir n teacher

Terasa nak upload gambar2 sekolah saya ni. Hurm...baru habis membaca untuk midterm esok masa post ni di buat. Rest seketika b4 rfresh semula semuanya. 2 hari ni diri rasa tak berapa bagus. Ujian dari ugutan yang bukan2 sehinggalah isu air yg masih menjadi2 di UMSKAL ni.

Ugutan yang terjadi atas diri ini, den terima sebagai satu ujian Allah terhadap diri den, namun saya dan 3 orang teman mengambil keputusan untuk membuat report ke Balai Polis Labuan tepat jam 8.30 malam semalam. Untuk keselamatan diri saya sebenarnya, sebab jauh dari family. Ingatkan boleh lega, namun panggilan jenayah tu masuk lagi sampai 6 kali hari ini, saya tidak layan kerana terlalu takut. Nasiblah ada akak2 dan adik dayang yang terus2san memberi semangat pada saya dan beberapa teman maya terus memberi kata2 semangat. Then, my dad (kaunselor sekolah) juga turut memberi kata2 semangat yang amat2 menaikkan semangat focus midterm. Tq dad...tanpa anda siapalah saya.

SMK Ambrose ni banyak kenangan saya, kawan2, guru2 dan terutama kenangat menjadi mentee my dad (En.Irwan Junaidy). Semangat dari dia yang membuatkan saya di sini. Teringat dulu, segala urusan pasport dan ticket masa nak ke Sabah, dia yang bawa dan tolong uruskan. Hurm, jasanya amat di hargai dan jasa guru2 lain termasuk my ummi (puan ramlah) amat2 dihargai. Apapun nasihat my dad satu je, dia selalu ingatkan saya tentang kesusahan mak, dia kata dalam segala perkara if kita teringat wajah mak yang bersusah payah, perkara susah pun akan kita jadikan ia positive. I appriciate it. Thanks all... saya akan cuba hadapi dengan positive. Insya Allah

Thursday, January 28, 2010

Gaya seorang pemimpin yang sederhana...dan mereka telah menang...Alhamdulillah

2 kerusi SPKAL di menangi oleh calon PRO-M juga...



3 kerusi yang dipertandingkan di peringkat SPKAL, telah dimenangi oleh 2 calon PRO-M. Adik aby dan adik faizah...cekalkan hati dan teruskan perjuangan. Moga perjuangan kalian bukanlah perjuangan yang sia-sia..

Dari mahasiswa untuk mahasiswa

Tahniah dan Takziah Buat kedua calon Umum PR0-M UMS-KAL




Wajah-wajah pejuang mahasiswa UMS-KAL khususnya. Dua calon umum dari PRO-MAHASISWA menang papa PRK kali ini. Kalian merupakan rentetan pejuangan akh abdillah, akh didi, dan ukht qatrunnada... moga berbekalkan kecekalan dan keazaman yang tinggi kalian mampu menempuhi alam kepimpinan ini dengan baik. Tidak selayaknya bercakap soal kepimpinan namun saya sangat berbangga dengan kalian.

Untuk adik aida dan adik herry, teruskan langkah. Kuatkan usaha dan tabah dalam liku sebagai pemimpin mahasiswa hari ini dan pemimpin negara pada masa akan datang. Hidup Mahasiswa dan dari mahasiswa untuk mahasiswa!!!

Teruskan langkah...

Saturday, January 23, 2010

Atuk




Ketenangan wajah nya, amat di kagumi. Kegigihannya bekerja amat menaikkan semangat. Dia bukan orang yang kaya mahupun beharta. Namun dia seorang insan yang amat gigih di waktu mudanya sehingga waktu tuanya. Dia menjadi antara pembakar semangat buat cucunya yang amat disayanginya. Inilah kasih atuk mengalahkan kasih ayahnya.

23/1/10: Selepas solat maghrib dan mengaji, terasa ada sesuatu yang belum aku laksanakan hari tersebut yakni, bercakap dengan famly d kampung. Tanpa membuang masa, aku call handphone ibu, tapi tidak berjawab. Sangkaan ku ke rumah saudara. Aku call lagi sekali, nenek yang jawab handphone ibu. Seperti biasa, salam dihulur dan tanya kabar nenek dan keluarga di kampung. Nenek kata semua orang sihat dan ibu ku ke manjung dengan adik. Tanpa banyak bicara dengan nenek, aku beri salam tanda ingin meletakkan ganggang.

10 minit selepas itu, aku call handphone adik. Niat di hati nak jerit "shopping belikan beg", tapi nada suara adik saat itu sangat perlahan. Tanpa membuang masa, ibu sambut panggilan ku pula, nadanya juga perlahan. Agak pelik, dan bila aku tanya lokasi mereka, ibu kata di hospital bawa atuk sakit. Allah, saat itu air mata tak tertahan, terpikir yang bukan2. Sebab atuk dah tua tapi masih bersemangat, aku yakin dia kuat. Namun, mainan perasaan...memang perit. Handphone terus di matikan oleh ibu sebab ibu kata ada doktor.Hurm...

Abang ku di KL call aku pula, katanya dia akan pulang terus ke Perak selepas maghrib waktu semenanjung dan mungkin akan bercuti seminggu. Menangis juga dia. Kakak ku di kuala pula akan pulang hari ini bersama suaminya mungkin. Tapi aku still di sini. Atuk, nenek, ibu adalah insan penting dalam hidup kami ber4. Kerana mereka kami berjaya sehingga hari ini. Semangat dan kasih mereka kami lulurkan dalam diri ke mana sahaja kami pergi. Lepas isyak ibu call aku pula, kata atuk kene tahan di wad. Pak cik ku jaga kata ibu. Tenang hati saat tu sebab ibu kata atuk dah stabil. Kasih atuk amat meresap dalam jiwa ku sebenarnya. Aku bangga memiliki anugerah yang paling beharga dalam hidup ini iaitu iman dan islam serta ahli keluarga ku yang amat aku kasihi.

Mereka tampak biasa, namun semangat mereka amat luar biasa untuk diri ku. Ya Allah, moga atuk cepat sembuh dan peliharalah atukku "Haji Radin", nenek ku "Suppy", ibu ku "Muriah", adik ku "Liyana", abangku "Raduan", Akak ku "Hasnah" dan seluruh ahli keluarga ku serta seluruh umat Islam di muka bumi ini agar sentiasa berada dalam keadaan sihat dan di bawah lembayung rahmat Mu...Amin...

Aku sayang atuk...


Gambar Hiasan

Friday, January 22, 2010

Pro-Mahasiswa UM dakwa TNC HEP salah guna kuasa

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 23 Jan: Pro-Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mendakwa beberapa penyelewengan telah berlaku sepanjang tempoh kepimpinan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (TNC HEP) khususnya yang melibatkan kegiatan dan aktiviti mahasiswa.

Menurut pengerusinya, Mohd Shafie Hashim, penyelewengan dan salah guna kuasa itu memburukkan imej dan kredibiliti beliau selaku orang yang bertanggungjawab untuk menjaga dan membimbing mahasiswa.

Dalam kenyataan media kepada Harakahdaily, beliau berkata, apa yang malang, ia berlaku di universiti yang sudah menjangkau tangga ke-180 universiti terbaik dunia.

Berikut kenyataan media beliau berhubung isu-isu pilihan raya kampus UM.

Pilihan raya kampus (PRK) kali ini menyaksikan pertembungan sengit antara dua kelompok di UM.

Keadaan ini ditambah pula dengan tindakan beberapa pihak pentadbiran universiti yang bertanggungjawab dalam urusan PRK ini didapati telah banyak melacurkan kesucian demokrasi kampus kali ini.

Perjalanan PRK daripada awal sudah diragui ketelusannya bermula dengan e-undi, kemudian ditambah pula dengan isu-isu terbaru lebih-lebih lagi melibatkan individu terpenting dalam mengurus pilihan raya kampus kali ini.

Beberapa penyelewengan telah berlaku di sepanjang tempoh kepimpinan TNC HEP khususnya yang melibatkan kegiatan dan aktiviti mahasiswa.

Penyelewengan dan salah guna kuasa ini memburukkan imej dan kredibiliti beliau selaku orang yang bertanggungjawab untuk menjaga dan membimbing mahasiswa.

Apa yang malang, ia berlaku di universiti yang sudah menjangkau tangga ke-180 universiti terbaik dunia.

Penyalahgunaan saluran duit ke kolej kediaman

Berdasarkan maklumat yang di perolehi , pada 15 Januari 2010, Jawatankuasa Tindakan Kolej (JTK) di seluruh kolej kediaman telah mendapat surat rasmi daripada TNC HEP.

Setiap kolej diberikan peruntukan sebanyak RM5,000. Ini bermakna, untuk dua belas kolej kediaman sebanyak RM60,000 diberikan. Apakah tujuan diberikan peruntukan ini? Apakah tujuan diberikan peruntukan ini dalam suasana menjelang PRK?

Festival Konvokesyen Universiti Malaya

Kredibiliti TNC HEP diragui sekali lagi dengan isu seterusnya di mana selaku individu yang bertanggungjawab mengawal program ulung universiti ini didapati telah menyalahgunakan kuasa beliau.

Antaranya berlaku dakwaan berkenaan tender untuk penjualan bunga kepada para graduan telah didapati cuba dipersetujui secara senyap melalui syarikat yang rapat dengan TNC. Ia sekaligus menafikan hak penender-penender yang turut serta melalui prosedur yang sah.

Di samping itu juga, perbelanjaan serta agihan kewangan kepada tender serta program-program di dalam FESKUM juga di dapati tidak menepati sebagaimana bajet yang dikeluarkan oleh pihak universiti. Sebagai contoh HEP telah mengambil syarikat yang paling mahal di antara syarikat yang disenaraikan tanpa tujuan sedangkan perkhidmatan yang diberikan sama seperti syarikat yang jauh lebih murah.

Majlis Debat Universiti Malaya

Dalam isu ini, program ini telah diadakan pada 4 hingga 7 Disember 2009 di UM. Penganjuran debat ini adalah di bawah universiti dan dikelolakan oleh bahagian HEP UM.

Apa yang menyedihkan, program ini telah dimanipulasi dan dijalankan secara tidak sistematik, profesional dan tergesa-gesa. Peruntukan wang diberikan sebanyak lebih RM200,000 dari Majlis Debat UM dan Kementerian Pengajian Tinggi ditambah dengan pemberian RM3,000 bagi setiap pasukan debat dari IPT.

Namun, pendebat terbaik final hanya diberi RM500, sedangkan sebelum ini berdasarkan maklumat mengenai debat lalu, pendebat terbaik mendapat RM1,000.

Begitu juga dengan pengendalian makanan yang hanya menggunakan satu syarikat kafeteria untuk tiga majlis debat yang hanya memiliki tiga kakitangan. Persoalannya adalah, ke mana perginya jumlah duit peruntukan yang banyak itu disalurkan?

Di peringkat mahasiswa melihat isu-isu ini sangat penting dan menyentuh soal kredibiliti pihak HEPA untuk menguruskan perjalanan PRK kali ini. Mahassiswa kecewa dan menyelar dengan tindakan sebegini kerana pihak HEPA sendiri jelas tidak amanah sehingga membabitkan penyelewengan ribuan ringgit.

Sepatutnya untuk mengendalikan pilihan raya perlulah diuruskan oleh mereka yang bersih dan jauh dari sebarang masalah yang boleh diragui tindakannya dalam memilih kepimpinan mahasiswa yang sebenar. Pihak HEPA perlu tampil memberi jawapan terhadap isu ini

Thursday, January 21, 2010

Respect Our Self....



Kata orang bersyukurlah dengan apa yang ada dan berusaha lah lebih jika mahu sesuatu yang lebih baik. Hari ini saya belajar erti untuk "MENGHARGAI DIRI SENDIRI". Agak sukar sebenarnya, pabila tabiat mengatakan "TIDAK MAMPU" sering melekat di minda "SAAT KRITIKAL" tiba. As a human, inilah sikap yang selalu ada dalam jiwa pemuda mahupun pemudi dan saya sendiri. Namun, hari ini saya mahu buang sikap itu jauh dari diri saya sendiri. Ini yang saya mahu dan usaha saya akan ke arah itu.

Seseorang telah mengajar saya erti hargai diri sendiri dan hargai kehidupan saya. Masa yang kritikal bukanlah suatu halangan yang besar sebenarnya. Mahu atau tidak, if we want to get a good result and success in our life, we must be focus!!!. Focus is the ways. Kini, Insya Allah saya akan berusaha mendapat apa yang saya mahu dan perlukan dalam kehidupan saya.

Ia adalah "NEED" buat saya. Ilmu adalah satu keperluan dan kemestian buat diri saya. Ini yang saya sedang usahakan juga. I'm a good person!!!...For all my friend, respect ur self and 4 our life...Insya Allah, hari ini pasti akan lebih baik dari hari semalam. Moga peroleh apa yang dihajati. Bersama berusaha, dan kata kawan saya "USAHA TANGGA KEJAYAAN".

RESPECT OUR SELF!!!!!